Header Ads

Isteri Kantoi Curang Gara-gara Gambar Mesra Dalam Imej Google Maps


Applikasi Google Maps semakin popular pada masa kini. Dengan adanya Google Maps ni insyaAllah tidak sesat lagi nak cari jalan. Tapi ada sesuatu yang menarik barlaku baru-baru ni. 

Paparan imej 360° dari Google Maps memaparkan seorang wanita sedang bermesraan dengan seorang pemuda di atas bangku, di tepi jalan. Gambar tersebut hasil dari kamera satelit Google Maps yang dirakam di bandar Puente de los Suspiros de Barranco, Peru.


Yang kelakarnya, suami wanita tersebut sedang menggunakan Google Maps untuk melihat arah jalan terkesima apabila terlihat paparan aksi isterinya bersama lelaki lain.

Ujarnya, paparan itu menarik perhatian matanya kerana dia seolah-olah begitu mengenali wanita itu. Biarpun tangkapan imej Google Maps itu dirakam pada tahun 2013, suami wanita itu tetap tidak berpuas hati sebelum menceraikan isterinya.


Malah, lelaki itu turut memuat naik foto berkenaan ke laman sosial sehingga menarik perhatian orang ramai.

"Kecilnya dunia ini," ujar seorang pengguna media sosial.


Foto itu merupakan sebahagian daripada foto-foto pelik dan kelakar yang berjaya dirakam menerusi tangkapan kamera Google Maps.

Sebelum ini, foto lelaki berpakaian kostum burung serta pasangan kekasih yang mengadakan hubungan seks dalam kereta juga pernah dirakam menerusi Google Maps sebelum tular di media sosial.

Wah boleh tahan juga Google Maps ni, bukan sahaja boleh melihat peta dan permukaan bumi, malah ia kini menjadi bukti bagi kes penceraian rumah tangga.

Sumber : https://www.mirror.co.uk/news/weird-news/google-maps-causes-divorce-after-13396055

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.