Header Ads

Handbag Rare Yang Pernah Dibawa Selebriti Terkenal Ke Acara Karpet Merah


Kebiasaannya kalau ada acara karpet merah, para wartawan dan peminat akan fokus pada busana yang dipakai oleh selebriti. Kadang tu mereka sibuk mengagumi kasut, ataupun stail rambut dan makeup selebriti di situ.

Amat jarang sekali kita nampak selebriti ni nak fokus pada beg tangan, ada tu kadang tak bawa beg langsung. Namun ada juga artis yang tak lepaskan peluang untuk menggunakan beg tangan bagi meningkatkan lagi impak yang mereka boleh berikan kepada orang ramai di acara karpet merah itu. Kononnya beg itu merupakan aksesori yang penting.

Lihatlah ini 13 selebriti wanita tak segan untuk membawa handbag yang lain macam dan luar biasa. Bosanlah kalau simple-simple ni kan..

Angelina Jolie: Gari
Clutch Louis Vuitton berharga $15,000 ini datang sekali dengan sebuah gari! Angelina telah memakainya ketika menghadiri pelancaran filem Brad Pitt Moneyball di Toronto pada 2011.


Gigi Hadid: Sebuah botol wain
Okay, beg ini memang tak boleh menyimpan handphone ataupun lipstick. Untuk ke majlis pertunjukan fesyen Brandon Maxwell pada New York Fashion Week, Gigi telah membawa sebuah bekas lutsinar yang berisi sebuah botol wain rosé. "Beg" itu telah direka bentuk oleh Brandon sendiri.


Gwendoline Christie: Dinosaur
Pelakon Game of Thrones ini memakai dress bercorak bibir di sebuah acara Prada di London. Dia juga membawa beg tangan berbentuk dinosaur triceratops berwarna perak. Confident!


Helena Bonham Carter: Istana
Sepanjang kerjayanya, pelakon ini beberapa kali telah memainkan watak permaisuri. Jadi tak hairanlah bila dia membawa beg berbentuk istana ke premiere filem Harry Potter and the Half-Blood Prince di London. Atap istana ini boleh ditanggalkan supaya barang boleh disimpan di dalamnya.


Jameela Jamil: Tin Coca-Cola
Untuk sebuah event Pandora, personaliti TV dari Britain ini membawa sebuah beg berbentuk tin minuman Coca-Cola! Siap ada selak kunci dan pemegang yang diperbuat daripada mutiara berwarna merah.


Katy Perry: Pil
Penyanyi ini telah pasangkan outfit birunya dengan beg berbentuk pil biru-putih dari jenama Christian Louboutin. Perkataan “500 ml” tertera di atasnya serta tanda tangan Louboutin.


Kendall Jenner: Beg pistol
Kendall mewujudkan kontroversi di New York setelah dilihat membawa beg yang berbentuk pemegang pistol. Beg ini berjenama Private Policy dan ia tersangkut di lubang tapi pinggang seluarnya.


Lady Gaga: Telefon
Sama dengan outfit, penyanyi ini terkenal dengan aksesori yang luar biasa. Antara yang paling menarik adalah sebuah telefon yang mempunyai tempat tekan nombor, tali panjang dan gagang.


Lily Aldridge: Ikan
Untuk acara Met Gala, pelakon ini membawa clutch berbentuk ikan koi yang mempunyai ciri-ciri rumit termasuklah sisik dengan berlian, sebiji mata dan sirip biru dan putih di mana Lily boleh memasukkan jarinya untuk pegang.


Lily Allen: Russian Doll
Penyanyi ini telah difotograf memegang beg tangan Chanel yang berinspirasikan Russian Doll di banyak acara. Beg ini berupa anak patung dengan muka baby, sekuntum bunga di rambutnya dengan 3 logo Chanel sebagai butang. Ada tali yang bersangkut dengan bahagian kepala yang boleh ditanggalkan untuk meletakkan barang.


Lupita Nyong'o: Nanas
Pelakon ini adalah seorang peminat beg tangan clutch dari jenama Leiber. Dia telah membawa satu daripadanya ke acara the 2018 Accessories Council Awards di New York. Ia berupa sebuah nanas yang dilekatkan berlian padanya. Ia boleh dibelah dua untuk isikan barang dan ditutup balik dengan butang di atas.


Michelle Williams: Buku 'Catcher in the Rye'
Itu bukan buku tapi beg tangan yang direka bentuk oleh Olympia Le-Tan! Inspirasinya datang daripada buku klasik yang ikonik, iaitu Catcher in the Rye. Nampak macam buku betul tapi bila dibuka, bahagian tengahnya kosong dan boleh diisi dengan barang.


Paula Abdul: Tin minuman Pepsi
Kali ini tin minuman Pepsi pula yang dibawa. Memang sebiji macam tin betul kecuali ia dilitupi dengan berlian dan ada tali pemegang berwarna emas.


Pergh serius memang rare betul handbag yang dia orang bawa. Kalau rare macam ni comfirm lah jadi highlight dekat acara karpet merah!

Sumber : Stylecaster

Artikal ini dipetik dari https://www.hijabnheels.com/posts/13-beg-tangan-pelik-pelik-yang-selebriti-barat-pernah-bawa-ke-acara-karpet-merah?fbclid=IwAR0xAksxNf4NPS6lwElKK0rTPjqz8AyX5qfJdmIOHDCLfJw3lbjEDzT859Y

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.