Header Ads

Hajah Nia Ramadhani Dikecam Netizen Gara-gara Masih Berpakaian Seksi


Biasalah bila dah jadi artis ni memang banyak mata yang memandang. kadang tu benda kecik pon netizen boleh besarkan. Terbaru aktres popular Indonesia, Nia Ramadhani dikritik hebat oleh netizen lepas video dia menari dimuat naik di Instagram.

Dalam video tu menunjukkan Nia dan tiga kawan dia menari lagu Black Pink, Ddu du ddu du. Menrusi video tersebut Nia dilihat memakai seluar panjang dengan sports bra berwarna hitam, dan lagi tiga kawannya tu memang nampak seksinya lah. Cuma Nia ni artis, itu yang dia jadi perhatian.



A post shared by Jessica Iskandar (@inijedar) on

Untuk makluman video tu bukan Nia yang upload tapi kawan dia yang upload di Instagram. Netizen menganggap cara pemakaian Nia tu tak wajar memandangkan dia baru je pulang daripada tunaikan ibadah haji. Ramai yang minta dia jaga tingkah laku dan pakai pakaian yang lebih sopan.


“Gagal fokus, MasyaAllah sudah tunaikan haji berpakaian seksi, mudah-mudahan diberi hidayah.”

“Hajah Ramadhani, sayangnya aurat tu ditayang-tayang…”

“Sayangnya badan cantik dilihat ramai orang. Cuba kalau simpan je untuk suami, mesti lagi cantik.”

Tapi tak semua jugak mengecam dia, ada yang puji Nia tetap cantik dan langsing walupun dah ada 3 orang anak. Ada juga individu yang nasihat netizen lain supaya tak terus kecam sebaliknya doakan yang terbaik dan tegur dengan cara yang elok.


“Mungkin sebahagian yang beri komen pedas tu, inginkan yang terbaik saja untuk Nia. Tapi janganlah pula komen secara keterlaluan. Kita doakan saja, semoga Nia akan berhijrah dan menutup aurat di masa akan datang…”

Tak semua yang balik haji terus bertudung, mungkin dia ada berubah sikit tapi kita yang tak perasan kan. Apa-apa kita doakan sahaja semoga satu hari nanti Nia peroleh hidayah untuk berubah.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.