Header Ads

Gadis Vietnam Ni Rasa Fed Up Sebab Selalu Terima Mesej Lucah Dari Lelaki Melayu


Perempuan cantik sering mendapat perhatian para lelaki. Kebanyakkan lelaki memang suka tengok benda yang cantik. Tapi tak lupa juga ada segelintir lelaki yang memandang perempuan dengan pandangan lucah!

Macam yang terjadi dekat instafemes ni. Jade Anh instafemes dari Vietnam ni merasa stress sebab sering diganggu lelaki Melayu yang miang! 



Dari perkongsian di instastory, Jade-Anh akui yang dia telah berkunjung ke Malaysia baru-baru ni sebab kebanyakan followersnya datang dari sini. Tetapi apa yang dia rasa stress dan fed up ialah sikap rakyat Malaysia yang agak biadap.


Menurut Jade, kebanyakan lelaki Melayu suka cakap lucah sampaikan dia terganggu dan tak boleh nak bermesra dengan followers lain bila buat Instagram live. Malah Jade akui yang dia rasa depressed teruk lepas baca mesej lucah dari ‘lelaki Melayu’.



Lepas je dia post dekat instastory, ramai lelaki melayu bash dia balik kononya penampilan dia tu yang terlalu seksi sampai jadi target lelaki yang gersang.


Mujurlah Jade tak ada simpan rasa benci terhadap rakyat Malaysia yang lain. Bagi dia, masih ada yang supportive dan dia berterima kasih dengan kebaikan mereka semua.


Instastory Jade ni mendapat perhatian netizen yang bersimpati dengan nasib yang dialaminya. Orang lelaki rasanya dah boleh stop dah jadi miang macam ni. Kawal sikit nafsu tu. Jangan nak tambah dosa mata!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.