Header Ads

First Time Dalam Sejarah Model Bangladesh Muncul Dalam Fashion Week, Tapi Kesian Teruk Kena Hentam Dengan Netizen Malaysia


Pertama kali dalam sejarah model berketurunan British-Bangladesh yang muncul julung kalinya di pentas peragaan London Fashion Week. Berita ini telah tersebar dan menjadi viral di media sosial.


Model tersebut bernama Ramzan Miah, 25 ni baru je tiga bulan sertai agensi peragaan berasa sangat bertuah bila terpilih dalam acara yang prestij ini. Katanya, dia mula berjinak dalam bidang modelling ni semenjak usia 17 tahun lagi dan pernah jadi model untuk jenama ternama.

Ramzan ni bukan je jadi model, dia juga berbakat dalam dunia lakonan. Beliau pernah muncul dalam filem Legacy, Naca, Ghost Stories, The Rocketman dan filem Disney baru, Aladdin.Ramzan pada masa yang sama berharap agar usahanya ni dapat beri dorongan kepada orang lain untuk tonjolkan identiti mereka.


Benda ni jadi kecoh bila satu portal telah berkongsi kisah Ramzan di Instagram, tapi tak sangka pulak ia menerima pelbagai komen negatif mengenai model lelaki tersebut. Antaranya komen tentang fizikal warga Bangladesh yang busuk macam bawang, muka macam pekerja pam minyak dan lain-lain lagi


Nasib baik bukan semua netizen Malaysia yang berfikiran sempit macam ni. Ada yang defend Ramzan dengan mengutuk sikap orang Malaysia yang makin lama makin rasis. Suka sangat memandang rendah terhadap orang Bangladesh.



Tak kurang juga ada yang memberi kata-kata semangat supaya Ramzan teruskan kejayaan yang dikecapi. Banyaklah followers Ramzan dari Malaysia lepas ni ye.


Haishh rezeki dia dapat jadi model, korang tak payahlah dengki sangat. Kejayaan tak diukur dengan siapa atau apa bangsa dan latar belakang anda. Yang penting kena ada usaha! 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.