Header Ads

Expired Tahun Depan Tapi Dalam Kiub Ada Ulat Dah. Jijiknya!


Sebelum ini kita sering dengar masalah cacing dalm tin sardin. Dari jenama yang biasa-biasa sampailah jenama terkanal pun ada cacing jugak dalam sardin. Ini terbaru ada ulat pulak dalam kiub pati ayam!


Amalina Nazri telah memuat naik video menunjukkan ada beberapa ekor ulat bergerak-gerak dalam kiub ayam tersebut. Video tersebut mendapat lebih daripda 5,000 perkongsian sejak ia dimuatnaik di Facebook semalam. Tengoklah tu masih bergerak lagi ulatnya.



Amalina menunjukkan tarikh luput dalam kiub tersebut masih lama lagi. Bila di buka bukan satu je yang ada ulat kiub yang lain pon berulat jugak sekali. Pendek kata macam satu kotak tu berulat nya. Lebih mengejutkan warna ulat tu sama dengan warna kiub ayam tu, kalau tak tengok betul-betul memang tak perasan ada ulat.


"Spoil betul mood masak harini. Boleh ade ULAT ber ekor2 dalam satu kiub ayam maggi ni  Hati2 la sesape yg biase pakai yerr. sbb ulat2 nye pun warne lebih kurang kiub . Jadi kalau yg jenis bukak plastik kecepuk campak masuk kuali selamat la ulat2 ni disemadikan dlm perut korang satu keluargaa. Expired 2019 pun blh ade menatang2 ni haihhh . HATI2! Harap Maggi improve la cara packaging atau yg sepatutnya. Nayaa orang"

Situasi ni dah menimbulkan panic dikalangan mak-mak. Yelah semua risau kot-kot dia orang punya juga ada ulat. Bagaimanapun ada netizen mempersoalkan cara penyimpanan wanita ini tak betul.


Disebabkan ramai yang mempertikaikan cara penyimpananya. Amalina tambil menjelaskan situasi sebenar. Rupanya Amalina bukan simpan satu tempat je tapi simapan dua kotak di tempat berasingan tapi kedua-duanya berulat jugak.


Rasanya netizen tak perlu salahkan Amalina. Niat dia nak share benda ni pada semua supaya orang lain berhati-hati. Haa lepas ni mak-mak kalau nak masak kena pecah dulu kiub ayam dalam mangkuk untuk pastikan tiada ulat baru masak.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.