Header Ads

DSV Kena Sound Dengan Que Haidar Sebab Gelar Penyanyi Aishah Sebagai Artis Sendu


Wah nampaknya isu antara penyanyi Aisshah dan Dato' Seri Vida semakin hangat diperkatakan. Mana tidaknya macam-macam kenyataan dikeluarkan sampai ada rakan artis yang lain mula bersuara.

Pelakon  Que Haidar telah memuat naik status di Instagram untuk membela penyanyi lagenda yang terkenal dengan lagu Janji Manismu itu. Que Haidar merasakan yang kenyataan DSV itu melampau kerana Aishah bukanlah calang-calang artis. Que Haidar juga menasihati  DSV agar hormat orang-orang lama dalam industri hiburan jika ingin menumpang meningkatkan hasil jualan produknya itu.


Dalam foto keratan akhbar tersebut Dato’ Seri Vida mengeluarkan kenyataan mengenai isu yang melanda dirinya. DSV telah menzahirkan rasa terkilan apabila ada pihak mendakwa beliau sengaja membuli artis dan menegaskan bahawa niatnya adalah untuk membantu artis sendu.  DSV juga menegaskan tujuannya menaja program tersebut adalah untuk menaikkan artis lama kembali bergiat aktif dan sekaligus memajukan perniagaannya.

Malah netizen juga kebanyakannya bersetuju dengan apa yang dikatakan Que Haidar. Netizen mengangap DSV biadap kerana mengelar artis lagenda sebagai sendu!




Nampaknya pergelutan antara Dato’ Seri Vida dan Aishah masih belum berpenghujung lagi. Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.