Header Ads

Dr.Say Akui Tak Subur, Namun Lepas Buat Rawatan Akhirnya Isteri Hamil Tanpa Bantuan IVF


Setiap pasangan yang berkahwin sudah semestinya mengimpikan cahaya mata. Lagi pulak zaman sekarang lambat mengandung je terus cakap tak subur. Tapi itu juga lah yang di alami oleh Dr Say Shazril dan Azura Abas.


Dr.Say pernah berkongsikan pengalaman sepanjang usaha untuk mendapatkan cahaya mata. Meskipun dikecam oleh netizen kerana menceritakan hal ‘dalam kain’ kepada umum, namun lelaki berusia 30 tahun tersebut mengakui bahawa segala perkongsiannya selama ini adalah untuk memberikan kesedaran terhadap orang di luar sana.

Tak mempunyai cahaya mata tak semestinya salah isteri


Tubuh badan sasa tidak dapat menentukan tahap kesuburan seseorang lelaki.


Ketidaksuburan bukan 100% terletak pada isteri


Sebaik sahaja mengakui dirinya tidak subur, kini isteri kepada pengacara My Doctors itu telah disahkan hamil. Khabar gembira tersebut telah dikongsi di laman Instagramnya.



Dia juga berharap agar semua orang di luar sana tidak memberikan tekanan sepenuhnya kepada si isteri seandainya gagal mendapatkan cahaya mata kerana si suami juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan berkaitan dengan tahap kesuburan.

Tahniah buat Dr.Say dan isteri. Berkat usaha dan doa akhirnya berhasil juga. Jadi buat pasangan di luar sana ambil kisah ini sebagai panduan. Tidak mempunyai cahaya mata bukan 100% salah isteri dan awak suami jangan ego sangat. Pergilah check! Kalau ada masalah sekali pun jangan risau sebab pasti ada ubatnya.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.