Header Ads

"Dah kenapa Rossa Dapat Pangkat Dato' Sri Tetiba?"- Netizen Persoalkan Kenapa Rossa Boleh Dapat Gelaran Dato' Sri


Rossa Roslaina Handiyani atau lebih dikenali sebagai Rossa merupakan penyanyi terkenal di Indonesia. Hari ini 24 Oct, Rossa telah dianugerahkan Darjat Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang yang membawa gelaran Dato' Sri.

Malah Rossa sama sekali tidak menyangka akan menerima penghargaan tersebut dan telah menzahirkan rasa syukur di laman Instagramnya.


Gambar tersebut telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada warga Indonesia dan rata-rata daripada mereka begitu berbangga dengan pencapaian penyanyi jelita tersebut.



Tetapi berbeza pula di twitter, rata-rata netizen sam sekali tidak puas hati terhadap darjah kebesaran ataupun pangkat yang sewenang-wenangnya diberikan oleh pemerintah Malaysia kepada selebriti dari luar negara.



Kalau korang masih ingat Shah Rukh Khan juga pernah menerima darjah kebesaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) dan sekaligus menjadikan hero filem Dilwale itu artis Bollywood pertama yang menerima gelaran Datuk. 

Apa-apa pon tahniah Dato' Sri Rossa.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.