Header Ads

"Dah curi pakaian, kencing situ pulak!"- Memalukan Mak Bapak Betul!


Tular satu video menunjukkan sekumpulan kanak-kanak buat perangai tidak senonoh di kedai dobi layan diri. Video tu dimuat naik satu akaun Facebook dan kejadian dikatakan berlaku di Jalan Haji Karim, Tawau.

Dipetik dari Harian Metro, rakaman CCTV memaparkan kumpulan kanak-kanak tersebut melakukan vandalisme dan perbuatan tidak bermoral di premis berkenaan.


Abdullah Mappiare, pengurus dobi tersebut berkata kejadian seperti ini bukan kali pertama berlaku. Malah sebelum ini memang kumpulan yang sama datang dan buat benda tak senonoh ni.

“Kejadian itu bukan pertama kali, malah sebelum itu kumpulan kanak-kanak sama kerap mencuri barangan untuk kegunaan dobi seperti cecair pelembut pakaian dan bakul.

“Walaupun mereka tidak merosakkan barangan dan peralatan dobi, tetapi saya khuatir jika sampai satu tahap mereka kencing dalam mesin pencuci pula.”


Pengurus tersebut pernah terserempak dengan budak-budak tersebut dan dah tegur pun perangai mereka, namun bagai mencurah air ke daun keladi. Beberapa hari lepas tu mereka selamba datang semula dan lakukan perkara yang sama.

Dari rakaman CCTV, boleh nampak dengan jelas yang mereka selamba membuka satu persatu  washing machine dekat dobi seolah-olah mahu ambil pakaian pelanggan. Bukan itu je, salah seorang dari meraka dilihat pakai coli dan seluar dalam dipercayai diambil dari kedai dobi berdekatan. Entah apa motif dorang, tapi boleh nampak yang masing-masing macam bertindak melulu dan cuba nak buat dobi tu kacau bilau.


Lagi menyirap, bila seorang budak lelaki dengan selamba kencing dalam tong sampah dekat depan dobi tu. Kata Abdullah, sejak dibuka tahun lepas, kedai tu memang selalu jadi mangsa vandalisme termasuk ada yang mencuri tong sampah, pakaian dan peralatan pelanggan yang tertinggal.

Dobi ni memang buka 24 jam,so Abdullah cuma ada masa untuk pantau sampai tengah malam saja. Lepas dia pulang, mulalah kumpulan tak bermoral ni buat ‘kerja’.


“Waktu antara 2 pagi hingga 4 kebiasaannya kelibat kumpulan kanak-kanak ini akan muncul. Selepas ini mungkin saya akan membuat laporan polis bagi mengelak kejadian tidak diingini.”

Dari fahaman admin, budak dekat sana memang bebas keluar sampai tengah malam, tapi tak sangka pulak mereka keluar malam semata untuk cari pasal macam ni.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.