Header Ads

"Bukan Cium dekat Pipi Tapi Satu Badan"-Bapa Cabul Anak Dalam Train


Menurut WORLD OF BUZZ, seorang bapa di China jadi perhatian netizen lepas video rakaman aksi dia dan anak perempuannya dalam train jadi viral.

Dilaporkan kejadian berlaku di dalam keretapi berkelajuan tinggi dari Guangdong ke Jiangxi tu berjaya dirakam oleh seorang penumpang yang beranggapan bahawa tindakan lelaki itu agak keterlaluan untuk dilabel sebagai ‘bergurau’ dengan anak.

Menurut si perakam, dia menyangka dua individu itu sebagai anak dan bapa sebab budak tu memanggil lelaki tersebut dengan panggilan ‘Papa’. Lelaki tu dianggarkan berusia dalam lingkungan 30an manakala budak perempuan tu mungkin di usia 5 atau 6 tahun, sedang duduk di atas pahanya.


Dari rakaman video tu, lelaki tersebut boleh dilihat meraba-raba sambil menyelak baju anaknya. Bukan tu je, dia juga dirakam seolah-olah terlalu ghairah mencium anaknya itu.

Yang teruknya bapa dia bukan setakat cium pipi tapi satu badan termasuk bibir dan leher. Tak cukup dengan cium, beberapa kali lelaki tu dirakam menyentuh bahagian sulit anak dia!


"Papa, sakit. Jangan sentuh punggung saya lagi." Itulah yang budak tu katakan dengan kuat tanda memprotes tindakan bapa dia.

Kalau diperhatikan sepanjang rakaman video tu, korang boleh nampak yang budak kecil tu memang tak selesa dan cuba sehabis baik untuk lepaskan diri daripada genggaman bapa dia. Selain tu, dia juga menggunakan tangan untuk halang bapanya daripada terus menerus mencium dan turut menolak muka lelaki tu.


Rata-rata netizen yang tonton video ni akui terkejut dengan keakraban dan kemesraan luar biasa tu. Malah ada juga yang kecam tindakan individu yang merakam ni sebab tak masuk campur dan halang tindakan lelaki tu.

Yang lagi mengejutkan, kata si perakam, ibu dan nenek budak tu duduk hanya di sebelah tempat duduk mereka tapi masing-masing budak tak endah. Ibu dia malah leka dengan telefon bimbit sepanjang masa. Difahamkan, pihak polis tidak menerima sebarang laporan mengenai kes itu dan menggesa saksi untuk berbuat sedemikian.

Memanglah kata orang, selalunya anak perempuan lebih cenderung manja dengan bapa kan? Tapi apa yang si bapa ni buat macam agak keterlaluan!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.