Header Ads

Bengang Dengan Game Penuh 'Drama', Netizen Buat Siasatan Cari FB Pengadil Piala Malaysia. Rupanya..


Semalam telah berlangsung perlawanan Piala Malaysia 2018, Perak menentang Terengganu FC di Stadium Shah Alam. Bagi yang tengok perlawanan semalam sudah pasti ada penyokong yang tak puas hati dengan keputusan pengadil. 

Perlawanan yang disaksikan 78 ribu penonton tu jadi lagi panas dengan insiden terjahan keras dan pergaduhan kecil serta dicemari pula dengan dua layangan kad merah kepada pemain pasukan Perak dan TFC.

Dek kerana rasa bengang dengan pengadil, seorang netizen di Twitter gigih mencari Facebook pengadil Piala Malaysia Suresh Jayaraman ni. Mulanya nak usya beckground pengadil ni je. Tapi tak sangka dengan mudahnya jumpa FB Suresh dan lagi mengejutkan apabila mendapati pengadil ni ‘Fan’ kepada Terengganu.


Dari hasil siasatan netizen mendapati bahawa pengadil ni memang problem rupanya disebabkan rekod lampau, dia pernah menjadi pengadil dalam perlawanan lepas dalam aksi final bola sepak Piala Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang juga dicemari insiden tumbuk-menumbuk dan caci-mencaci serta perlawanan tergendala selama 10 minit. 


Disamping itu, penyokong bola sepak mengharapkan pihak FAM menilai semula dalam pemilihan pengadil dalam perlawanan bola sepak yang akan datang.

Malah netizen di Twitter juga mendapati yang Suresh ni adalah salah seorang penyokong Liverpool FC dan mereka mula ‘membahan’ Suresh tidak bagus menjadi pengadil, puncanya kerana dia salah seorang penyokong Liverpool. Eh eh macam tak ada kaitan pulak.


Apa-apa pon admin respect betul lah rakyat Malaysia. Dalam bola ni la semua akan bersatu dan nampak semangat dalam menyokong bola sepak tanah air kita sendiri.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.