Header Ads

Artis Kpop Datang Rumah?? Macam Mana Boleh Datang Rumah Ni??


Peminat Kpop mesti biasa tengok cerita Running Man dan comfirm lah korang kenal setiap ahli Running Man kan..Mesti ada di antara korang teringin nak jumpa dengan dia orang. Lagi best kalau bukak pintu tiba-tiba dia orang dah ada dekat depan rumah. Ohhmmmggg comfirm terkejut giler kan?

Di Twitter seorang netizen berkongsi video detik bahagia mereka apabila artis-artis Korea datang kerumahnya membawa barang dari CJ Wow Shop. Betul-betul wow ni! Siapa yang tak terkejut artis Korea ada depan mata, siap datang rumah lagi tu.


Satu family dia excited dengan kehadiran artis-artis Korea ni. Tapi kenapa tiba-tiba je artis Korea ni ada di Malaysia? Ramai pula peminat Kpop yang jealous dan berangan kot-kot ada artis kpop yang datang rumah mereka.


Rupa-rupanya mereka ni join satu program di TV9. Empat artis Korea Tu ditugaskan untuk menjual beberapa jenis barangan, antaranya Dr Dental Care, produk masker V-Care dan mi segera Spicy Samyang kepada penonton.


Menurut Berita Harian, empat selebriti ni menyahut cabaran untuk promosikan dan jual barang-barang ni dengan cara mereka tersendiri. Tapi mereka ni hanya dibenarkan balik ke Korea kalau barang yang mereka jual mencapai target. 


Mereka ni siap ada tugasan merasa buah durian! Wah menarik ni, so korang yang nak artis Korea ni datang rumah korang, boleh la order barang dekat CJ Wow Shop ye! 

Bukan itu je ada juga netizen lain yang nampak mereka ni di pasar malam. Menjerit keriangan semua fans Kpop ni. Yela siapa tak teruja artis kesayangan ada depan mata. Untungnya!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.