Header Ads

Up “Thread’ Kena Tinggal Dengan Awek, Padahal Dia...


Kali ni, timbul isu seorang bekas teman yang buat bebenang atau dalam bahasa Twitternya ‘Thread’ tentang ex girlfriend tinggalkan dia dan dah janji nak kahwin tapi berubah lepas tu tinggalkan dia. Amboi, siap buat bebenang sebab kena tinggal. Tapi takpe la tu akaunTwiiter dia, so biar la.


Bebenang yang dibuat oleh si lelaki ni telah mendapat banyak retweet dan perhatian netizen, sehingga 13 ribu++ la orang retweet. Sampai semua bagi kata-kata semangat suruh move on dan paling teruk, si ex girlfriend kena bash.

Dalam bebenang tersebut, si lelaki ni kata dia dah pernah bagi peluang dekat ex girlfriend dia tapi ex girlfriend dia break janji tu dan dia dah dapat rasa yang ex girlfriend dia punya feeling dah berubah.

Dia pun dah buat plan untuk anniversary dan dah kumpul duit kahwin. Aduh!

Tapi… Jeng jeng jeng…

Ex girlfriend kena kecam dengan orang di Twitter

Haa… Si ex girlfriend dapat tahu yang yang si bekas teman lelaki ni buat bebenang pasal dia dan terima banyak kecaman di Twitter. Dia tampil diri dan buat juga bebenang dan cerita apa yang sebenarnya berlaku. Katanya, terpulang la kalau nak percaya atau tak.


Menurut tweet gadis tu, dia dah lama minta putus sebab dah tak tahan. Kalau dekat tempat belajar dia tak boleh turun cafe beli makanan, suruh kawan je belikan sebab si bekas teman lelaki ni jealous orang pandang dia, tapi dia ikut kan je la.

Lagi terkejut, bekas teman lelaki dia suruh download apps Life360 yang boleh detect kita dekat mana tu. Haaa… Sampai macam tu sekali ye, tapi mungkin risau so tak tau la kan? Rupanya bekas teman lelaki dia tak percaya dan takut si gadis ni keluar dengan lelaki lain. Hmm..


Banyak betul luahan si ex gilfriend ni juga rupanya… Satu persatu dia bongkar dan ceritakan agar dia tak dikecam oleh netizen.



Harap pergaduhan mereka ni dapat diselesaikan baik-baik. Jangan buruk-burukkan pasangan ye. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Sumber : lobakmerah  /  twitter

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.