Header Ads

Ugut Potong dan Bakar Kemaluan Pelajar Konon Nak Mendidik


Guru sepatutnya mendidik dengan cara yang betul dan bukannya dengan mendera!

Menurut New Straits Times, dua orang guru tahfiz telah ditahan sebab mengugut untuk memotong dan membakar kemaluan pelajar yang berusia lapan tahun di Kuantan.

Perbuatan dua suspek ini yang digelar sebagai “Bonda” dan “Walid”, berusia 43 dan 42 tahun telah dirakam dan tersebar melalui aplikasi Whatsapp.


Di dalam video yang tersebar, jelas menunjukkan guru perempuan itu menarik kemaluan pelajar terbabit sebelum mengugut untuk memotong dengan gunting dan membakarnya menggunakan pemetik api. Uish!

Selain itu, terdapat dua lagi video menunjukkan pelajar itu turut dirotan oleh kedua-dua guru terbabit kerana didakwa mencuri makanan rakannya.


Menurut Ketua Polis Bahagian Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali, bapa mangsa, 25, menyedari anaknya didera selepas menonton video klip yang tengah viral di Whatsapp dan terus membuat laporan polis.

“Bapa mangsa dihubungi suspek yang menerangkan tindakan dilakukan adalah satu proses pembelajaran kerana mendakwa mangsa melakukan kesalahan kencing berdiri, curi makanan rakan dan tidak flush selepas menggunakannya.”

Lah, sebab kesalahan ni je sampai nak ugut macam tu sekali?!


Menurut Astro Awani, difahamkan mangsa sebelum ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Rangin sebelum dihantar ke sekolah tahfiz tersebut oleh bapanya setelah didapati kurang menunjukkan minat dalam pelajaran.

“Berikutan penangkapan itu, polis juga telah merampas rotan dan gunting.

“Mangsa yang mengadu sakit belakang telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan bagi menjalani pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.”

Adoi, nak mendidik cuba buat cara yang elok sikit dan bukannya sampai ugut macam tu!

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.