Header Ads

Terbaik! 3 Anak Muda Ni Sanggup Urus Jenazah Secara Percuma


Kalau kita mudahkan hidup orang, satu hari nanti Allah SWT pulak yang akan mempermudahkan hidup kita! Kata-kata inilah yang dipegang oleh 3 anak muda yang kini sedang bergiat aktif dalam satu kerja amal yang sangat mulia.

Menurut Harian Metro, ketiga-tiga mereka ni sanggup luangkan masa dan tenaga demi buat kerja sukarela dalam uruskan jenazah sehingga ke pengebumian khususnya buat waris yang kurang berkemampuan dengan free of charge! Yess tak kenakan sebarang bayaran pun! 



Mereka ialah Mohd Zulhairi Zainol, 34, Suhadi Mohd Irwan, 42 dan Nik Muhamad Nik Anuar, 31 yang tinggal kat Bandar Baru Bangi.

Masing-masing antara mereka ni jugak bukanlah penganggur tapi ada kerja sendiri. Macam manapun, mereka anggap kerja sukarelawan ni macam sebagai satu khidmat untuk mudahkan hidup si mati dan warisnya yang dalam kesusahan.


Menceritakan pengalaman mereka macam mana mula-mula terjebak dalam kerja yang mulia ni, Nik Muhammad berkata yang dia pada asalnya join Zulhairi dengan niat nak bantu sekali tu je, tapi tup-tup dia jadi ‘syok’ pulak nak menguruskan jenazah lagi.

“Saya tak ada basic langsung sebelum ni. Saya pun macam orang lain jugak dulu. Tengok jenazah takut, tengok orang meninggal pun takut tapi bila dah ikut Encik Hery (Zulhairi) ni, minat saya sendiri datang,” katanya.


Malah katanya, pekerjaan ni juga buat dia rasa lebih tawakal dengan rezeki yang Allah berikan dalam hidup.

Bagi Suhadi pulak, dia tidak mengharapkan sebarang bayaran pun ketika uruskan jenazah. Dan kalau waris tu memang susah nak hulurkan bayaran, dia memang takkan ambil duit pun.


Insiatif yang dijalankan tiga anak muda ni jugak sering dapat sumbangan dari orang ramai dengan niat untuk beramal. Meh tonton video mereka ni di bawah:


Sama-samalah kita bersedekah bagi yang mampu untuk tiga anak muda ni. Korang yang nak beri sumbangan boleh je Facebook Zulhairi atau hubungi 012-2493378.

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.