Header Ads

Taktik Samun di AEON Cheras, Wanita Curah Cili


Sekarang ni semakin bahaya. Orang sanggup buat macam-macam cara untuk menyamun. Berhati-hati kalau korang ke mana-mana sebab seorang wanita Indonesia telah ditangkap selepas cuba menyamun seorang wanita dengan mencurahkan cairan cili ke atas mangsa.

Diana Abdullah berkongsi kejadian yang berlaku di tempat parking AEON Taman Maluri, Cheras.


Katanya, dia ternampak ada kekecohan berlaku dan terus ke tempat kejadian untuk menyiasat.

Rupa-rupanya ada seorang wanita pendatang tanpa izin Indonesia ‘kantoi’ dalam cubaannya untuk menyamun tu.


Semasa nak masuk dalam kereta, wanita Indonesia tu curahkan cairan cili itu ke atas Sasha hingga menyebabkan kulit mangsa melecur semata-mata untuk menyamun. Malangnya, anak saudaranya pun terkena juga.

Nasib baik suspek berjaya ditangkap dan sedang dalam pengawasan pihak polis. Menurut Diana, Sasha juga memintanya teman ke balai polis.


Diana pun sempat temankan Sasha untuk membuat laporan polis. Atas dasar simpati, Diana juga membersihkan kereta mangsa dan menghulurkan sedikit makanan untuk Sasha dan anak buahnya.


Kesian Sasha sebab katanya dia mengalami melecur tahap satu akibat kejadian ni.

Jadi, korang next time tolong berhati-hati bila ke tempat parking sebab orang boleh menyamun  walaupun di tempat awam.

Sumber : LOBAKMERAH / Fb

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.