Header Ads

Tak Sangka! Peribahasa Melayu Ada Pada Logo Tentera Udara UK


Kita kalau dengar ada Mat Saleh cakap Bahasa Melayu sepatah je mesti dah excited kan sebab macam tak percaya orang luar negara pun pandai cakap bahasa kita. Dengar foreigner guna bahasa Melayu pun dah teruja, apatah lagi kalau bahasa kebangsaan kita diabadikan kat logo rasmi dorang.

Korang tahu tak Royal Air Force di United Kingdom sebenarnya menggunakan Bahasa Melayu sebagai moto pasukan elit dorang. Wow betul ke ni? 


Sejarah Royal Air Force No. 100 Squadron

Mesti ramai yang tak percaya kan? Tapi memang benda ni wujud. Royal Air Force (RAF) No.100 Squadron adalah satu unit operasi atau kumpulan kecil dalam tentera udara United Kingdom. Unit ni ditubuhkan pada Februari 1917 dan waktu tu digunakan sebagai night bomber force di Perancis.

Tak lama lepas perang dunia pertama berakhir, unit khas ni ditempatkan berdekatan Dublin dan dipindahkan ke Kent pada tahun 1924. Tahun 1930 unit ni jadi torpedo-bombing unit dan squadron pertama yang terima pesawat Vickers Vildebeest pada November 1932.


Sebab guna Bahasa Melayu sebagai moto

Unit ni sebelum ni memang banyak kali kena pindah ke merata-rata tempat. Pada tahun 1934 dorang ni dipindahkan kat Malaya dan Singapura. Jadi ini mungkin jadi sebab utama moto pada logo unit tentera udara ni menggunakan Bahasa Melayu.

Bahasa yang digunakan pulak bukan bahasa Melayu biasa-biasa, tapi siap pakai peribahasa tau! Menurut Lancaster-Ed, peribahasa ‘Sarang Tebuan Jangan Dijolok’ yang dijadikan moto dan tertera kat logo unit khas tentera udara tu dorang decide nak guna masa unit khas ni habiskan masa kat Malaya.


Moto Bahasa Melayu digunakan sebelum merdeka

Masa tahun 1941/42, hampir keseluruhan unit ni dihapuskan sebab pesawat Squadron usang digunakan dorang tak boleh nak dibandingkan dengan teknologi pejuang Jepun yang jauh lebih maju. Unit ni kemudiannya dibubarkan lepas pesawat Vildebeest dorang yang terakhir musnah.

Tapi tak lama lepas tu unit tu diperbaharui dan melancarkan misi pertama tahun pada 1943 dan time akhir-akhir peperangan tahun 1945. Maknanya memang dorang pernah gunakan logo yang ada moto Bahasa Melayu ni, tapi sebelum merdeka je la. 


Banyak lagi logo unit tentera udara guna Bahasa Melayu

Bila kita tengok logo-logo unit tentera udara yang lain, rupa-rupanya bukan logo tu je guna moto Bahasa Melayu tapi ada lagi beberapa Squadron tentera udara guna bahasa kebangsaan kita. Cuba korang tengok ni, macam-macam ada!


Wah tak sangka kan! Bangganya bahasa kebangsaan kita jadi pilihan orang luar negara!

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.