Header Ads

Staf Hospital Sibuk, Ibu Terpaksa Bersalin Sendiri


Menurut mStar, siasatan sedang dijalankan selepas seorang wanita terpaksa lahirkan bayinya sendiri dan pegang bayinya yang mati itu selama 25 minit tanpa diberikan rawatan perubatan.

Pada 1 Mac, Jamie Bowman dimaklumkan bahawa imbasan menunjukkan jantung bayinya telah berhenti berdegup. Dia kemudian diminta untuk ke Hospital Rotorua, New Zealand tetapi sebaik tiba di sana, dia disuruh pulang ke rumah kerana tiada kakitangan yang berkelayakan.


Difahamkan, dia mengambil ubat untuk menggugurkan kandungan lima hari kemudian dan akhirnya melahirkan bayi itu pada 8 Mac di hospital yang sama.

“Masa tu tak taulah berapa lama bayi saya dah mati dalam kandungan, tapi dah beberapa hari sejak dapat tahu, jadi saya tunggu selama seminggu dengan bayi yang mati dalam kandungan.”


Selepas tiba di hospital untuk melahirkan, Jamie diberitahu bahawa jururawat bertukar syif dan hanya dapat membantu bila mereka boleh. Macam tu pulak?!

Jadi, Jamie terpaksa melahirkan bayinya tanpa bantuan perubatan dan hanya ditemani ibunya. Selepas melahirkan, dia hanya duduk memegang bayinya yang dah mati tu selama 25 minit.


Lagi teruk, bila ibunya keluar dengan memegang bayi yang mati dan berlumuran darah tu tapi staf hospital berkenaan masih mengatakan yang mereka busy dan tak ada masa.

“Apa yang jadi tu adalah satu perkara yang menyedihkan dan mengerikan. Saya berasa benar-benar kecewa dengan sistem kesihatan.

“Tidak siapa pun yang peduli tentang apa yang telah saya lalui dan tidak ada sesiapa yang sanggup membantu. Jijik apabila ada orang yang tergamak melayan ibu bersalin macam ni.”

Lembaga Kesihatan Lakes District berkata pihaknya kesal apabila pesakit tidak mendapat layanan yang baik semasa lawatan mereka.

Busy betul staf kat situ!

NOTA: Gambar yang digunakan adalah sekadar hiasan.

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.