Header Ads

Sekali Lagi Kes Kahwin Bawah Umur Di Kelantan!


Kali ni melibatkan gadis 15 tahun di Tumpat, Kelantan. Menurut NST, suami gadis berkenaan merupakan ahli RELA berusia 44 tahun yang sudah berkahwin, mempunyai seorang isteri dan dua orang anak.

Pernikahan dorang mendapat pengesahan Mahkamah Syariah dan akad nikah telah dijalankan di Masjid Kampung Laut di Tumpat pada Julai lalu.


Difahamkan, kemiskinan adalah sebab kenapa ibu bapa gadis berkenaan meneruskan perkahwinan anak bongsu mereka tu.

Ibu bapa gadis itu menguruskan kedai runcit di depan rumah dan mempunyai 13 orang anak. Pendapatan mereka pula adalah dalam lingkungan RM200 ke RM300 je sebulan.

Menurut bapa gadis tersebut, Che Rahim Che Deraman, 60, dia dan isterinya, Mariam Hassan diperkenalkan kepada menantu mereka yang berasal dari Gua Musang beberapa bulan lalu oleh salah seorang anak lelakinya.

Che Rahim Che Deraman bersama isteri, Mariam Hassan, anak bongsu mereka dan salah seorang cucu

“Mak bapak mana nak tengok anak mereka hidup dalam kesusahan. Kami tak nak anak kami hidup susah macam kami, membesarkan 13 orang anak.”

“Kami nak anak-anak kami hidup lebih selesa termasuklah anak bongsu kami. Adik beradik lain semua dah kahwin dan ada kehidupan masing-masing. Kami tahu dia masih bawah umur tapi kami nakkan yang terbaik untuk dia.”

Selain itu, Che Rahim turut menjelaskan mereka setuju kahwinkan dengan lelaki tersebut selepas yakin dapat membahagiakan anak mereka.

“Lelaki tu dah berkahwin dan beranak dua dan sudah mohon serta diberikan kebenaran untuk berstatus poligami daripada mahkamah.”


Anaknya yang hanya bersekolah hingga tingkatan satu juga tak membantah perkahwinan tu dan tak ragu-ragu berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun hanya kenal beberapa bulan.

“Jujur saya tak kisah orang nak kata apa pasal saya. Yang penting saya gembira dengan suami dan akan cuba buatnya gembira sepanjang hidup saya.”

Muda lagi apa lah yang dia tahu…

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.