Header Ads

Ramai Bengang Dengan ‘Event’ Maraton #LarianMerdeka, Janji Dapat Medal Tapi Apa Pon Takde


Makin ramai rakyat Malaysia suka join aktiviti berlari atau maraton kebelakangan ni. Baguslah kan, bukan saja dapat jadi lebih sihat tapi secara tak langsung dapatlah kumpul medal sambil kenal kawan-kawan baru.

Tapi kecoh juga dengan Larian Merdeka Night Run 2018 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam.

Katanya terlalu ramai yang join sampai tak cukup medal dan race kit?

Anggaran 9,000 peserta tapi datang 13,000! 

Menurut hashtag #LarianMerdeka di Twitter, sukarelawan daripada pihak organizer memberitahu hanya ada 9,000 medal disediakan tapi yang datang 13,000 orang! Salah kira ke?

Tapi takkan tak perasan kot, ye tak? Kalau dah sediakan 9,000 medal maknanya untuk 9,000 peserta je lah.

Akibat lambakan peserta tu, Dataran Merdeka penuh sesak macam nak pergi berperang pulak!




Bro Saddiq pun terus berhubung dengan organizer bila dapat tau ramai yang tak puas hati dengan cara pengurusan maraton ni.

“Saya difahamkan dalam larian Merdeka night run, ada banyak runners yang dijanjikan medal tapi tak dapat kerana medal habis. My team is in contact with the organisers. Will act swiftly. Thank you to all who contacted me.” katanya di Twitter.

‘Goodies’ dan medal baru akan dihantar secepat mungkin kepada para peserta

Selepas kekecohan dan masuk campur Menteri Belia dan Sukan itu, barulah pihak pengurusan membuat sedikit kenyataan di laman Facebook mereka.


Tapi daripada komen-komen yang diberikan oleh orang ramai, ada juga nama dan maklumat mereka yang tak diambil. Jadi macam mana nak hantar medal tu?


Dan katanya, medal yang diberikan pun lain daripada yang diiklankan di Facebook sebelum ni. Macam mana pun, harapnya semua masalah ni akan diselesaikan secara baik.

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.