Header Ads

"Permainan sihir. Pengalaman paling perit buat kami sekeluarga"


Walaupun sekarang zaman dah serba-serbi moden, masyarakat kita ni boleh dikatakan masih berfikiran macam orang lama lah sebab gemar gunakan sihir kalau dengki atau tak suka seseorang.

Sekali terkena sihir memang merana hidup seseorang seperti apa yang dikongsikan lelaki bernama Sadikin ni di Facebook. Disebabkan sihir, isterinya jatuh sakit, bisnes jadi lingkup dan harta bendanya kena tarik. Allahu beratnya dugaan!

"Pengalaman paling perit. Permainan sihir."

“Tiba-tiba saja isteri aku tumbang, muka terus kuning dan dia meronta sakit. Tapi tak tahu di mana sakitnya. Dari hospital kerajaan sampailah ke KMC tak tahu apa penyakitnya.


“Niaga aku lingkup. Dari mewah jatuh miskin sampai tinggal syiling!” cerita Sadikin.


Disebabkan wang makin berkurang, Sadikin terpaksa jual motosikal EVO dan RX2 miliknya. Manakala kereta Grand Livina pulak ditarik dan lebih menyedihkan, selang seminggu lepas tu kereta Subaru pula kena tarik semasa di Hospital Kuantan.


“Masa kereta ditarik tu lah ada insan sedekah aku RM100. Insan ni pun menunggu anaknya sakit, tak kenal pun aku.

“Semua kawan dan keluarga mentua bencikan aku (disebabkan sihir). Hanya tinggal aku dan anak aku menjaga isteri aku yang sakit. Walau keadaan macam mana pun, aku takkan tinggal isteri dan anak aku. Sebab tu tanggungjawab aku,” katanya lagi.


Tapi Allah tu kan Maha Pengasih dan Penyayang. Dengan secara tak sengaja, Sadikin bertemu dengan seorang pakcik semasa minum kat kedai mamak berdekatan dengan hospital isterinya dirawat.

“Masa di KMC doktor minta RM20,000 rawatan untuk isteri. Aku dengan pening memikirkan RM20,000 tu turun terus dari hospital ke kedai mamak sebelah KMC.

“Terlihat dua orang tua suami isteri minum, aku pun duduk situ minum sekali. Lepas bayar, pakcik tu tanya, kenapa macam sedih je. Aku cerita pasal isteri aku sakit.

“Pakcik tu minta tengok gambar dan aku bagi tengok. Terus pakcik tu cakap, ‘Eh, ada barang tak elok rumah anak ni.’ Aku terkejut!” kata Sadikin.


Mujurlah pakcik tu tolong buangkan ‘benda’ yang tak sepatutnya. Antara yang dijumpai ialah tisu yang disalut jarum dekat bucu kedai. Tujuannya ialah untuk lihat Sadikin bergaduh dengan mentua, bisnes hancur dan bunuh dia atau isteri.


“Tisu salut jarum dijumpai dekat bucu kedai dengan 2 balutan. Tujuannya untuk aku gaduh panas dengan keluarga mentua.

“Tisu sebelah bucu kiri untuk niaga aku lingkup. Tulang kongkang ada jarum tu. Tujuannya untuk bunuh isteri atau aku. Tapi kena isteri aku,” ceritanya.


Sadikin macam manapun masih rasa pelik sebab pakcik yang tolong tu tak kenal pun dia sebelum ni. Malah lebih mengejutkan, rupanya pakcik tu guru agama kat sebuah sekolah pondok di Kelantan. Sebaik saja jarum-jarum ni dikeluarkan, isteri Sadikin terus boleh makan macam biasa semula dan dia dapat beli motosikal yang dia jual dulu. Subhanallah!

Jauhilah ilmu sihir dan apa-apa yang berkaitan dengannya. Tak rasa bersalah ke aniaya orang? Berdosa besar tau jika amalkan sihir. Kelak benda tak elok ni berbalik kepada kita semula!

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.