Header Ads

Pengalaman Ngeri Remaja 19 Tahun Terkandas di Lautan Pasifik Selama 49 Hari


Menurut The Guardian, Aldi Novel Adilangi merupakan seorang penjaga lampu pada perangkap ikan terapung yang dipanggil rompong. Semasa kejadian pada awal Julai lalu, Aldi sedang menjaga lampu ketika berlayar sejauh 125km dari pantai Sulawesi Utara.

Rompong itu kebiasaannya diikat dengan tali pada dasar laut dan digantung pula pada pelampung untuk memastikan ianya tidak dibawa arus laut. Malangnya, angin kuat menyebabkan tali itu putus hingga Aldi akhirnya dibawa arus hingga ke Lautan Pasifik.

Lebih teruk lagi, pada ketika tu, Aldi cuma ada bekalan untuk beberapa hari di atas bot kecilnya itu yang tidak mempunyai enjin mahupun pendayung.


Aldi dilaporkan terkandas di tengah lautan selama 49 hari dan hanya meneruskan hidup dengan meminum air laut yang diperah dari bajunya (untuk kurangkan kadar garam) serta menangkap ikan untuk dimakan. Pegawai konsular Indonesia yang bertugas di Osaka, Jepun beritahu pada The Telegraph,

“Lepas dia kehabisan gas memasak, Aldi membakar bucu kayu dari rompongnya untuk menghidupkan api untuk memasak. Dia minum dengan menghirup air dari pakaiannya.”

“Ketika di laut, Aldi tak pasti jika ada sesiapa yang akan menyelamatkannya kerana 10 kapal yang melalui kawasan tu tidak perasan keberadaannya di tengah laut.”

Aldi berkata, dia sangat takut dan sering menangis setiap kali dia hanyut (dibawa arus). Setiap kali dia nampak kapal besar, dia sangat berharap, tetapi lebih daripada 10 kapal yang melepasi, tiada satu pun yang berhenti.”

Ketika dia sudah berputus asa, pada 31 Ogos, Aldi ternampak kapal tangki berdekatan dengannya dan berjaya menarik perhatian kapten dengan menukar radio ke frekuensi kecemasan. Krew kapal tangki tu akhirnya berjaya menariknya ke atas kapal, menyelamatkannya dari ombak deras.


Aldi diselamatkan berdekatan kawasan kecil Guam di wilayah Amerika, kira-kira 3,100km dari Sulawesi. Dia kemudian dihantar ke Jepun sebelum dibantu oleh Kedutaan Indonesia dan dipertemukan semula dengan keluarganya pada awal September lalu.


Ketika ditemu ramah wartawan tempatan, Aldi berkata dia ingat dia “akan mati di tengah laut”.

Pada satu tahap saya berfikir untuk membunuh diri dan terjun ke dalam laut tapi masih ingat nasihat ibu bapa untuk berdoa ketika dalam kesusahan.”

Aldi yang mempunyai kitab bible bersamanya akui tidak henti-henti membaca dan berdoa.


Kalau admin, taktau lah dapat survive ke tak.. Takutnya bila terbayang, tengah laut, sorang pulak tu… Serammmm!

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.