Header Ads

Patutlah Instafemes Ni Hilang Tiba-tiba, Rupanya Kena Santau


Walaupun dunia sekarang ni dah moden, perkara macam sihir dan santau ni semua masih dipercayai oleh sesetengah pihak. Tambah-tambah lagi orang Melayu yang percaya santau dan sihir ni boleh selesaikan masalah.

Tapi agak mengejutkan baru-baru ni bila viral di Twitter seorang instafemes terkenal (dulu pernah masuk Motif Viral) kena santau gara-gara ramai yang annoying dengan IG review dia yang pelik-pelik. Astaghfirullah… benci sampai ke tahap santau orang ni dah kenapee?


Mira dikatakan mula slow down dalam buat IG review sejak dua menjak ni dan netizen pun dah lama tak dengar cerita pasal dia kat media sosial. Katanya gara-gara buat review makanan, dia kena santau pulak! Adoi hati-hati instafemes kat luar sana yang buat review makan! Tak sangka orang boleh dengki sampai macam tu sekali.



Rakan Mira yang jugak instafemes, Beby Toratora sempat kongsikan perbualan last dia dengan Mira. Katanya Mira tetiba mengeluh penat dan nak rehat. Haih kesian pulak! 


Sebagai peringatan, individu yang kongsikan kisah Mira ni ingatkan supaya kita berhati-hatilah masa nak upload gambar ke media sosial. Sekarang tak main dah cari bomoh kat kampung-kampung, rupa-rupanya servis santau dah guna Instagram siap ada yang promote buat pakej lagi. Uhuhu serammm!


Rata-rata netizen yang membaca posting ni rasa sedih dengan sikap sesetengah Melayu yang percaya sangat perkara khurafat macam tu. Tapi surprisingly, ada jugak yang kata instafemes tu patutlah kena macam tu sebab tak reti jaga perangai elok-elok. Adoi kalau perangai tak elok sekali pun, perlu ke sampai nak santau orang? 


Apa-apapun admin harap mereka di luar sana jauhkanlah diri daripada terlibat dengan ilmu hitam ni. Sanggup tengok hidup orang merana gara-gara nak puaskan hati sendiri kan? Haih…

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.