Header Ads

"Patut Ke Bas Free KL Dipenuhi Warga Asing??" - Netizen


Dekat KL ni kita patut bersyukur sebab semua kemudahan dah ada dan cukup lengkap. Pihak kerajaan pun dah sediakan bas percuma nak bagi rakyat kita senang nak bergerak ke mana-mana sahaja dan paling penting kemudahan pengangkutan awam ni la yang kurangkan jam. Ye tak?


Baru-baru ni Sinar Harian ada memuat naik berita tentang bas free yang dimonopoli oleh warga asing di Twitternya. Menurutnya, perkhidmatan bas percuma Go KL dekat ibu negara ni nampaknya banyak bagi manfaat kepada warga asing, termasuk la pelancong. Mereka juga dah buat tinjauan dekat kawasan bas free ni ternyata memang pada waktu puncak, tak ramai pun warga tempatan yang bekerja disekitar kawasan tu, gunakan bas free ni. Hmm…

Netizen mula bersuara

Paling tak disangka-sangka berita tentang bas free ni mendapat perhatian banyak netizen. Masa ni la netizen mula bersuara dan melontarkan pendapat masing-masing.

Ada yang mengatakan yang warga tempatan sendiri yang nak naik Grab lepas tu marah sebab warga asing yang gunakan bas free tu.


Ada juga yang berpendapat yang bas dah free sesiapa pun boleh naik. Tak kira la warga asing ke warga tempatan. Kalau dah nama pun ‘bas percuma’, semua orang boleh naik. Selain tu, ada yang kata warga asing dah menyumbang dekat ekonomi negara kita so mereka pun ada hak juga.


Naik bas kena scan guna IC

Tak kurang juga ada yang kata bas free ni warga tempatan je boleh naik. Siap ada yang cadangkan scan guna IC kalau nak naik bas free ni. Baginya tak adil la kalau warga tempatan yang tinggal dekat luar KL nak naik bas kena bayar tapi warga asing dekat KL boleh naik bas free.

Kata netizen lagi, ni bukan soal diskriminasi atau apa, tapi ni soal duit bayar cukai. Pihak kerajaan gunakan duit cukai dari rakyat untuk tanggung kos bas free ni jadi layak ke warga asing sewenang-wenang gunakan kemudahan yang disediakan ni?


So korang rasa patut ke netizen nak bising kalau warga asing gunakan bas free ni?

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.