Header Ads

"Memanglah Nampak Sikit, Tapi Kami Rasa Tertipu" – Luah Rakyat Malaysia


Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 2.0 mula dikuatkuasakan semalam di seluruh negara membabitkan cukai bernilai antara 5 peratus dan 10 peratus.

5,443 barangan pengguna disenaraikan untuk dikecualikan daripada cukai jualan. Antaranya minyak masak, susu formula, daging, produk tenusu, bijirin, kad prabayar telefon dan kos bahan binaan.

Tapi, sebaliknya berlaku apabila pengguna mendapati kad prabayar dikenakan cukai.


Kenapa kena bayar SST untuk topup?

Ramai mula merungut dan tak berpuas hati apabila nilai topup kad prabayar kurang 6 peratus daripada jumlah yang dibeli.

Bayangkan, kalau topup RM10 dapat RM9.43 je. Kalau topup RM50 dah tinggal berapa?

Nampak macam sikit tapi sebenarnya ia merugikan pembeli.




Kebanyakan netizen berasa tertipu, keliru dan terkilan dengan keadaan ini. Agak merisaukan sebab ramai yang memakai talian prabayar di Malaysia.

Rungutan demi rungutan dilemparkan di Internet sehingga ia turut mendapat perhatian para menteri.

Prihatin dengan kerisauan warga netizen, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, isu ini sedang dalam perhatian pihak Kementeriannya.


Syarikat telco akan diarah beri rebat kepada pengguna

Sementara itu Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pula menjelaskan ada kekeliruan membabitkan cukai SST ke atas kad prabayar seperti dilaporkan dalam Astro Awani.


“Ada sedikit kekeliruan. Saya rasa syarikat telco ini yang buat kita pening kepala, tetapi kita telah keluarkan arahan yang beli kad prabayar beli RM10 akan dapat RM10 dan 6 peratus (cukai) tidak akan dibayar oleh pembeli.

“Sebaliknya kerana ada masalah teknikal apa yang berlaku kita akan minta mereka (telco) beri rebat.”

Diharap dengan penjelasan itu, semua orang boleh menarik nafas lega.

Apa-apa pun, harap semua dapat bersabar dan kita tunggu berita baik kalau ada sebarang perubahan nanti.

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.