Header Ads

Memalukan! Imigresen Koyak Pasport Rakyat Singapura, Minta Duit Kopi


Menurut perkongsian Muhammad Fauzi di Facebook, dia mendakwa pegawai imigresen di Johor mengoyakkan pasport dan menghalangnya masuk ke Malaysia selagi tak bagi duit kopi. What?!


Macam ni ceritanya, pada jam 11.30 malam kelmarin Fauzi lalu kastam lepas checkpoint Secondlink dan ditahan oleh salah seorang pegawai di situ yang mempersoalkan kenapa Fauzi masuk ke Malaysia pada waktu itu.

Jelas Fauzi, dia dalam perjalanan pulang ke rumah dan mempunyai isteri yang sedang menantinya. Walau bagaimanapun, pegawai berkenaan menghalang Fauzi masuk ke Malaysia serta mengarahnya untuk berpatah balik ke Singapura sebab pasportnya koyak.

“Kalau awak bukan rakyat Malaysia, saya tak benarkan awak lepas sebab sekarang ni pasport awak koyak dan tak sah.”


“Saya terkejut bila dia kata pasport saya koyak sedangkan saya tahu ianya dalam keadaan baik. Saya guna pasport tu setiap hari. Beberapa minit lalu sebelum serahkan pasport saya kepada pegawai tersebut, saya perlu scan di kastam Singapura dan masa tu pasport saya tak koyak, tak kemek dan tak calar.”

Bengang, Fauzi mintak untuk bercakap dengan pegawai atasan namun, pegawai tersebut suruh Fauzi park basikal dan ikutnya ke satu sudut. Dia mendakwa pegawai tersebut meminta duit kopi kalau nak lepas masuk ke Malaysia.

“Bro, saya boleh tolong bagi lepas dan bagi jumpa isteri. Tapi kalau saya tolong awak, awak kena tolong saya jugak.”

Tidak setuju dengan tindakan pegawai tersebut, Fauzi enggan berikan sebarang bayaran dan mengatakan yang dia lebih sanggup untuk berpatah balik ke Singapura. Fauzi memberitahu pegawai tu cuma senyum je dan mengingatkannya untuk renew pasport sebelum pulang ke rumah.


Lepas kejadian tu, Fauzi terus buat laporan polis dan diberitahu dia bukanlah mangsa pertama! Rupanya ramai lagi yang dah terkena taktik ni dan berharap agar ada tindakan yang dikenakan supaya perkara ni tak berulang lagi.


Jom perangi rasuah!

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.