Header Ads

"Lesbian kena rotan di khalayak ramai, tapi perogol..."- Netizan Bandingkan Hukaman Buat Perogol Dan Hubungan Sejenis


Hari ni dah ibarat hari bersejarah sebab pertama kali hukuman rotan di khalayak ramai dikenakan terhadap pasangan lesbian dekat Malaysia.

Pasangan terbabit jugak dikenakan hukuman ni selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan hubungan sejenis dalam sebuah kereta April lepas.


Hukuman yang diadakan di hadapan kira-kira 100 orang pagi tadi di luar bilik Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu itu mendapat pujian ramai kerana bersyukur akhirnya hukuman Islam dilaksanakan dengan cara yang adil.


Orang ramai jugak rasa lega dan berharap agar hukuman yang pertama ini akan mendidik orang untuk tidak melakukan maksiat macam ni dah.

Walau bagaimanapun, dalam ramai yang menyokong, ada jugak individu yang tak berapa berkenan dengan pelaksanaan hukuman ni dan membandingkannya dengan perogol yang tidak dikenakan hukuman sebegini.


Perogol dipenjara tapi tak kena rotan di khalayak ramai

Individu ni tidak bersetuju sebab perogol yang merogol tidak dirotan di khalayak ramai sedangkan dua wanita yang melakukan hubungan seks atas kerelaan masing-masing dikenakan hukuman tu.


Kedua-dua jenayah di bawah dua mahkamah yang berbeza

Namun begitu, ada individu lain yang cuba menjelaskan bahawa kedua-dua jenayah yang dilakukan itu adalah di bawah mahkamah yang berbeza.


So, apa pendapat korang pasal isu ni. Korang setuju ke tak?

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.