Header Ads

Kementerian Kesihatan Mengarahkan 3 Produk Jus Kesihatan Ini Dihentikan Serta Merta!


Menurut mStar, Kementerian Kesihatan mengarahkan jualan tiga jenis produk jus kesihatan dihentikan serta merta kerana boleh membahayakan kesihatan pengguna.

Tiga produk ini merupakan keluaran syarikat Sri Saga Marketing S/B iaitu:

1. Jus Al Sunnah


2. Jus Al Sunnah Gold


3. Jus Penawar



Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pemantauan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mendapati syarikat berkenaan sebenarnya tidak wujud! Pulak?!


“Semua peniaga termasuk peniaga dalam talian yang masih mempunyai stok produk tersebut diarahkan untuk menghentikan serta-merta jualannya dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan.”

Selain itu, hasil analisis mengesahkan ada antara produk berkenaan mengandungi dua bahan yang berbahaya iaitu,

  • dexamethasone
  • prednisolone 


Kedua-duanya merupakan bahan steroid poten yang digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius serta yang dilarang di bawah Akta Makanan 1983.

“Penggunaan kedua-dua bahan itu secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan dan sindrom cushing.”

Selain itu, pesakit yang menghidap kencing manis adalah berisiko tinggi kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya boleh mengakibatkan komplikasi serius.

Berdasarkan kenyataan akhbar, orang awam yang sedang menggunakan produk yang dinyatakan adalah disarankan supaya SEGERA mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan.

Walau bagaimanapun, pengguna yang telah mengambil produk ini untuk jangka masa yang lama digesa supaya TIDAK menghentikan penggunaan secara mendadak dan turut mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan.

Hal ni kerana boleh menyebabkan masalah seperti kekeliruan dan penurunan tekanan darah yang boleh membahayakan kesihatan (akibat withdrawal syndrome).

Ok, sesiapa yang ada makan produk ni cepat-cepat dapatkan rawatan ye.

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.