Header Ads

"Kau ni kawan yang baik tapi kenapa kau layan mak kau macam tu?"


Kadang-kadang kita rasa kita baik dengan kawan-kawan tu memang seronok. Bila dengan kawan je rasa seronok, rasa gembira. Kawan mintak tolong apa je semua boleh! Tapi kita ni sometimes lupa parents yang bersusah payah nak bela kita. Bila dah besar, kita rasa rimas dengan perhatian dorang.

Ada time kita kurang beradab dengan parents sendiri tapi kita tak rasa bersalah pun. Macam cerita yang dikongsi oleh individu kat Twitter ni yang bernama Luqman tentang rakan dia. Harap jadi pedoman kat korang.


Luqman cerita yang kawan dia yang sorang ni memang kawan yang sangat baik. Cuma masalahnya, dia langsung tak hormatkan mak dia. Selalu tengking mak dia bila bercakap dalam telefon. Sampai Luqman sendiri pun naik sedih bila dia dengar kawan dia tu mencarut bagai kat mak dia. Ada pulak macam tu..

Bukan Luqman ni tak pernah tegur tapi kawan dia still tak rasa perbuatan dia tu salah. Degilnya…


Dipendekkan cerita, kawan Luqman ni kahwin. Alhamdulillah siap dah dikurniakan sorang anak pun. Kawan dia ni serius baik dan bertanggungjawab.


Luqman ni terdetik nak tanya satu soalan kat kawan dia ni.

“Apa yang membuatkan kau sayang anak kau?”


Luqman ni memang kira jenis yang berani la sebab lepas tu terus dia tanya,

“Kalau kau tahu betapa seksa lahirkan anak, kenapa kau tak hormat orang yang lahirkan kau?”

Lepas je dengar soalan tu, kawan dia ni senyap je. Luqman pandang dan nampak kawan dia mengalirkan air mata tapi ditahan-tahan. Tapi lepas tu kawan dia menangis meraung. Luqman yang dah gelabah terus minta maaf dan try nak tenangkan kawan dia ni.

Terima kasih.. aku bersalah, aku berdosa”.

Berulang kali kawan dia sebut benda tu. Luqman terus cadangkan dia minta cuti dan balik jenguk mak dia. Walaupun agak awkward situasi tu, tapi rakan dia tu angguk je dengar cadangan tu.


Betul jugak cakap Luqman ni. Janganlah korang melawan mak sebab tu lah jalan korang nak ke syurga.

Cepat-cepat call mak korang. Bagi yang tak boleh, titipkanlah doa untuk mereka…

Sumber : LOBAKMERAH / TWITTER

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.