Header Ads

Kanak-kanak Umur 3 Tahun Jatuh Dari Tingkat 17


Menurut Sinar Harian, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut lepas terjatuh dari tingkat 17, Blok A, di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya. Kejadian malang ni berlaku pada jam 8 pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata pihaknya tiba di lokasi kejadian lepas terima panggilan mengenai insiden tersebut pada jam 7.15 pagi.

“Sejurus tiba polis menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan di bawah Blok A premis terbabit malah anggota turut merakam percakapan kakak mangsa yang berusia 14 tahun.”


Daripada siasatan awal yang dijalankan, Mohd Zani memberitahu bahawa ibu bapa mangsa keluar berniaga nasi lemak di Bukit Jelutong pada jam 6 pagi manakala kakak mangsa keluar untuk menghantar seorang lagi adiknya ke tadika sejam selepas itu.

Difahamkan mangsa tidak ikut kakaknya sebab tengah tidur dan demam. Mangsa dipercayai bangun dari tidur dan mencari kakaknya kemudian panjat tingkap lalu jatuh ke bawah.


“Apabila kakak mangsa balik, dia diberitahu oleh jiran bahawa adiknya jatuh dan telah meninggal dunia.

“Siasatan di rumah mangsa juga mendapati pintu di ruang balkoni tidak bertutup, tiada grill penutup di bahagian atas dan terdapat sebuah kerusi plastik dipercayai digunakan untuk memanjat berhampiran grill.”

Tambah beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh bagi tujuan bedah siasat dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ramai yang kurang senang dengan kes ini dan berharap ianya menjadi pengajaran buat semua terutamanya ibu bapa.


Takziah buat ahli keluarga mangsa.

Sumber : LOBAKMERAH

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.