Header Ads

“Kalau kita potong PU nanti kang, tak ke naya?!" - Sajat Ugut Nak Potong Kemaluan PU Amin


Disebabkan PU Amin secara terang-terangan menolak dan meminta promosi lagu Bobo Di Mana dihentikan, salah seorang penyanyi lagu tersebut, Sajat, memuat naik video mengugut nak potong kemaluan PU Amin.


Dalam video ringkas yang dipost dekat Facebook Sajat & Yin, ahli perniagaan tu nampaknya sangat marah sebab lagu nyanyiannya bersama Datuk Aliff Syukri dan Lucinta Luna dikatakan sebagai pembawa malapetaka oleh PU Amin.

“Kalau kita potong PU nanti kang, tak ke naya?!

“Kalau PU tak puas hati, jom kita jumpa, berdebat. Jumpa depan-depan. Saya tak kisah kalau jumpa PU. Tak heran sekali pun.”


Marah betul akak ni.

Hari ni, menerusi perkongsian PU Amin di Facebook, dia mengatakan bahawa polis memintanya untuk membuat laporan kerana ternyata ianya satu ugutan lagi-lagi sebab dalam video tu, Sajat memegang pisau



Walau bagaimanapun, PU Amin turut menjelaskan bahawa dia enggan panjangkan isu, cuma berharap supaya video lagu Bobo Di Mana dipadam dari YouTube demi generasi umat Islam yang lebih baik.


Orang ramai yang melihat entri ni semuanya agak terperanjat dengan ugutan tersebut dan terus menyokong dakwah daripada PU Amin.


Tak tahulah nanti apa kesudahan dan nasib MV lagu tersebut. Adakah ianya akan didelete? Kita tunggu jelah.

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.