Header Ads

Instafamous Makhluk Macho, Dituduh Mempergunakan Adik OKU


Siapa tak kenal Makhluk Macho atau lebih dikenali sebagai Bengah, salah seorang Instafamous yang selalu memuatnaik video dia dan adik tersayang, Cik Pia.

Apa yang buatkan netizen suka dengan pasangan adik-beradik ni ialah mereka tak segan-silu tunjukkan kemesraan dan kasih sayang antara abang dan adik kat media sosial.

Walaupun Cik Pia ada penyakit Sindrom Down, tapi dia suka je menyanyi, menari dan layankan saja bila Bengah sakat.


Cuma bawa Cik Pia pergi makan je tanpa reward lain

Pemenang Personaliti Media Sosial Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-31 ini bagaimanapun tak berpuas hati bila ada pihak yang mempertikaikan keakraban mereka berdua yang selalu dimuatnaik kat Instagram. Aik, kan akaun dia sendiri.



Follower ni dakwa, Bengah mempergunakan adiknya yang OKU tapi cuma bawa Cik Pia pergi makan je tanpa berikan reward lain walaupun membuat banyak paid review bersama.

Bengah juga dikatakan seorang hipokrit bila bawa isterinya, Cik Bunga untuk berhibur dan abaikan Cik Pia. Sedangkan Bengah dikatakan popular sebab sokongan netizen dan Cik Pia.


Jadi tuduhan follower ni buatkan Bengah tak berapa puas hatilah sampai dipost ke Instagram sendiri.

Rezeki tu datang dari Allah dalam macam-macam cara

Tapi netizen sekarang tak mudah melatah dan tetap berikan sokongan kepada Bengah sebab bagi mereka, hubungan antara Cik Pia dan abangnya tu sangat comel dan sentiasa hiburkan hati mereka.




Dan macam dikatakan netizen, sekurang-kurangnya mereka belajar mengenai anak-anak istimewa bila Bengah perkenalkan Cik Pia dalam video sekali.

Lagipun tak salahkan kalau Bengah buat video dengan adik sendiri?

Apa-apa pun, semoga isu ini ada penyelesaian yang baik daripada setiap pihak.

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.