Header Ads

Ini Prosedur Sebatan Ramai Tak Tahu. Bukan Senang-senang Nak Sebat Pesalah


Semalam pertama kali berlakunya hukuman sebatan atas kesalahan hubungan sejenis kepada dua wanita di bilik Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.

Meskipun hukuman sebatan ni dapat tentangan daripada banyak pihak, tak ramai tahu yang hukuman ni bukan saja-saja dibuat tanpa persediaan rapi daripada kedua-dua belah pihak. Hukuman ni untuk mendidik bukan sengaja nak menyeksa tau.

Berikut kami senaraikan prosedur hukuman sebatan yang ramai orang tak tahu mengenainya. 

Adab sebatan 

Ada beberapa adab yang perlu dijaga semasa proses sebatan dilakukan. Antaranya ialah:

  • Panjang rotan tak boleh lebih 1.22 meter dan tak boleh tebal 1.25 cm. Bukan sebarang rotan boleh pakai tau! 
  • Sebatan jugak tak boleh kena bahagian muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. 
  • Perempuan mesti disebat dalam keadaan duduk.
  • Tangan tukang sebat tak melebihi kepala.
  • Sebatan tak lukakan kulit pesalah. 



Pesalah

Pesalah yang terbabit dalam hukuman sebatan kenalah pakai sepasang baju kurung dan bertudung putih. Dia juga kena duduk di kerusi tanpa penyandar yang disediakan oleh mahkamah.


Tukang sebat 

Tukang sebat akan pakai baju T berkolar warna gelap, berseluar gelap dan kena pakai penutup muka. Tukang sebat jugak akan kepit rotan pada bahagian ketiaknya.


Pengawai pengiring

Ada beberapa pegawai pengiring akan memimpin pesalah. Mereka akan berpakaian yang sama macam tukang sebat tadi. Semuanya berwarna gelap dan lengkap dengan penutup muka.

Sebatan

Setiap pesalah akan dikenakan 6 sebatan mengikut kesalahan. Mengikut proses sebatan semalam, tertuduh akan dibawa ke satu sudut bilik mahkamah dengan duduk di kerusi membelakangi mereka yang ada kat galeri awam.

Muka tertuduh dipusing ke bahagian kanan dan pegawai penjara akan jalankan hukuman dalam keadaan berdiri di sebelah kiri. Tempoh sebat tak sampai 3 minit setiap sorang. Bila tertuduh berumur 32 tahun mengalir air mata masa terima sebatan ketiga, sebatan dihentikan sekejap sebelum sambung semula untuk 3 lagi sebatan.

Ini contoh sebatan dalam mahkamah: 


Nampak scary tapi hukuman ni memang beri pengajaran buat semua. Apa pendapat anda mengenai isu ni? Wajarkah pesalah ni kena sebat atas kesalahan hubungan sejenis? Kongsikan dengan kami di ruang komen. 

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.