Header Ads

Hukuman ‘Kasi Secara Kimia’ Kepada Pedofil Di Kazakhstan


Tak taulah apa nak jadi sekarang ni sebab semakin ramai pelaku jenayah seksual terhadap kanak-kanak baik dekat Malaysia mahupun di luar negara.

So maybe disebabkan ramai sangat manusia yang bernafsu binatang ni, LAD Bible melaporkan bahawa Kazakhstan kini memperkenalkan hukuman baru untuk dikenakan ke atas pedofil iaitu kasi secara kimia.


Menurut Metro, tak lama lagi seorang pedofil dari Wilayah Turkestan akan menjadi orang pertama dikenakan hukuman tersebut. Lelaki yang tidak dinamakan tu akan disuntik di bawah pengawasan kementerian kesihatan negara tersebut.


Prosedur ini melibatkan penggunaan bahan kimia untuk deactivate testis dan mengurangkan libido bagi mengurangkan aktiviti seksual sekaligus mengurangkan keganasan seksual.

Presiden Kazakhstan, Nursultan Mazarbayev telah memperuntukkan sebanyak 27,000 dolar untuk lebih kurang 2,000 suntikan yang akan dikenakan kepada pesalah yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa seksual mereka.


Timbalan Menteri Kesihatan, Lyazzat Aktayeva pula mengatakan bahawa buat masa ni, hanya ada satu je permintaan pengasian secara kimia mengikut arahan mahkamah. Bahan kimia yang digunakan ialah Cyproterone iaitu sejenis ubat steroidal anti-androgen yang direka untuk melawan kanser.


Sementara itu, semasa undang-undang ini diluluskan pada awal tahun, Senator Byrganym Aitimova mengatakan bahawa pengasian hanyalah sementara yang melibatkan ‘sekali suntikan’ berdasarkan ‘keperluan untuk menghalang lelaki daripada melakukan keganasan seksual’.

Walau bagaimanapun, prosedur yang dijalankan mungkin tidak dapat menghalang seseorang tu untuk mengalami keinginan seksual selama-lamanya tapi hanya mengurangkannya dan tidak akan membuat seseorang tu mati pucuk.

Menurut laporan, jumlah kanak-kanak dirogol meningkat dua kali ganda di Kazakhstan iaitu dalam 1,000 kes setahun dalam tempoh empat tahun antara 2010 dan 2014.

Fuh, terbaik cara ni!

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.