Header Ads

Hati-hati Kalau Nak Pergi Urut Tengkuk, Sekali Dia Salah Tarik Terus...


Tipulah kalau kata kita tak suka berurut. Lagi-lagi kalau badan tengah lenguh-lenguh. Automatik kita terbayang betapa sedapnya kalau kena urut dekat bahagian yang sengal-sengal tu.


Tapi kena ingat badan kita ni bukan ikut sedap je boleh diurut dan ditekan-tekan. Menurut WORLD OF BUZZ, seorang lelaki di China maut lepas dapat urutan di sebuah spa dekat Shanghai.

Zhang, 27 tahun pergi ke spa tersebut bersama rakannya pada bulan Mei untuk mengurut. Disebabkan Zhang rasa lenguh di bahagian tengkuk dan bahu, dia request tukang urut tu untuk fokus lebih sikit dekat bahagian tersebut.


Lepas sesi urutan, dia mandi dan pulang ke rumah. Tapi tak lama lepas tu, dia start rasa pening dan tak boleh jalan. Family dia cepat-cepat bawa ke hospital untuk dapatkan rawatan tapi malangnya Zhang mati pada keesokan hari.

Memandangkan Zhang ni seorang yang muda dan sihat, family dia nak tau sebab kematiannya. Lepas autopsi dijalankan, rupanya kematian Zhang adalah disebabkan urutan tak profesional yang menyebabkan Infarksi Otak.


Keadaan yang dialami Zhang ni menyebabkan arteri yang salurkan darah serta oksigen ke otak tersekat atau menjadi sempit sekaligus menyebabkan saraf tunjang tak berfungsi.

Bia ditanya, tukang urut berkenaan menjelaskan dia dengan lembut tarik tengkuk Zhang ke kiri dan ke kanan sehingga ada bunyi sikit tapi tiada simptom lain. Walau bagaimanapun, mahkamah mengambil keputusan bahawa spa dan tukang urut terbabit 90% bertanggungjawab terhadap kematian Zhang.


Zhao Haikang, seorang pakar bedah di Hospital Gabungan Kedua Kolej Perubatan Xi’an mengatakan bahawa terdapat banyak salur darah dan saraf di bahagian tengkuk yang menjadikan ianya kawasan yang sensitif.

Tambahnya lagi jika ada individu yang mengalami pening, kelemahan pada anggota badan, lumpuh pada mulut, sakit dan kelesuan, kena cepat-cepat dapatkan bantuan perubatan.

Make sure kalau nak berurut, pergi dekat orang yang betul dan profesional.

Nota: Gambar yang digunakan adalah sekadar hiasan.

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.