Header Ads

Hanya Kerana Satu Kejutan Pramugari Ini Dipecat


Tak sangka sebab hal ni je seorang pramugari kena fired dengan syarikat penerbangan tempat dia bekerja.

Menurut Yahoo, pramugari yang tidak didedahkan namanya dilaporkan telah dipecat empat bulan selepas kekasihnya membuat kejutan untuk melamar di atas penerbangan.


Difahamkan, China Eastern Airlines mengambil keputusan itu kerana kejutan berkenaan mengganggu penumpang lain di dalam pesawat tersebut selain mengabaikan keselamatan para penumpang di dalam pesawat yang sama.

Video lamaran itu viral pada bulan Mei yang lalu selepas salah seorang penumpang memuat naik momen tersebut di media sosial.


Di dalam klip video itu, pramugari tersebut turut memberitahu penumpang bahawa event berkenaan merupakan satu kejutan.

“Saya betul-betul tak tahu yang boyfriend saya akan melamar dalam penerbangan ni.”

“Terima kasih sebab menjadi saksi saya.”

Insiden ni semestinya mendapat perhatian ramai. Ada antara mereka yang tak setuju syarikat penerbangan berkenaan tergamak pecat pramugari dan menuduh mereka bersifat tidak berperikemanusiaan.


Sementara itu, ada juga yang bersetuju dengan tindakan mereka sebab keselamatan penumpang dalam flight adalah tanggungjawab wanita itu sebagai seorang pramugari.

Nak melamar pun kena tengok tempat jugak sebab kekasih dia kan tengah kerja.

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.