Header Ads

Golongan LGBT, pelacur layak terima zakat Al-Riqab di Selangor?


Belum lagi reda isu pasangan lesbian kena sebat di Terengganu, ni ada pulak berita terbaru!

Golongan songsang lesbian, gay, mak nyah dan pelacur dikatakan berhak menerima zakat Al-Riqah di negeri Selangor. Menurut Malay Mail, kenyataan tu dikeluarkan oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan kini menjadi isu hangat yang dipertikaikan orang ramai.

Keputusan tu bukanlah ditentukan oleh Mufti semata-mata. Difahamakan, ianya diputuskan oleh  Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 14 Mei 2012, atas dasar kebajikan dan kasih sayang dalam Islam. Fatwa Jenis Penerima Asnaf Al Riqab Negeri Selangor ni jugak bertujuan untuk membuat golongan tu tidak terpinggir atau merasa seolah-olah didiskriminasi.


“Di dalam fatwa tersebut telah dinyatakan senarai jenis penerima agihan asnaf Al Riqab yang layak menerima bantuan zakat berkenaan melalui perantaraan mana-mana institusi, pusat, NGO (badan bukan kerajaan) lslam dan individu perseorangan, yang dibenarkan oleh undang-undang dan hukum syara’.

“Pihak-pihak ini berfungsi melaksanakan tugas-tugas membebas, mengurus, melindungi, merawat dan memulih asnaf Al Riqab supaya dapat menjalani kehidupan sempurna secara lslam,” kata Mohd Tamyes.


Golongan yang layak terima zakat tu adalah:

  • Pelacur
  • Lesbian
  • Maknyah
  • Gay
  • Pengkid
  • Tomboy
  • Homoseksual
  • Gigolo
  • Biseksual
  • Mereka yang bersedudukan dengan orang bukan Islam

Kalau berita pasal LGBT ni, of course akan jadi topik perbualan netizen di media sosial kan? Rata-ratanya tak berpuas hati dengan keputusan Fatwa Negeri Selangor ni yang dikatakan akan buat golongan ni lebih berleluasa.

“Fahami maksud sebenar agihan zakat…”

Tapi sebenarnya, Lembaga Zakat Selangor telah pun keluarkan satu kenyataan di Facebook tentang salah faham netizen tentang isu ni.

“Dengar dengan jelas dan fahami maksud sebenar agihan zakat kepada asnaf Riqab ini.”

Zakat disalurkan untuk membantu golongan yang ingin kembali ke pangkal jalan termasuk golongan LGBT.”

Mufti Perlis, Dr Maza juga ada keluarkan pendapat beliau dalam hal ni di Facebook. Haa cuba fahamkan betul betul, jangan main serang je!


Satu penyakit mental dan amat membimbangkan kerana melawan fitrah. Malah hukum LGBT juga jelas haram dan bertentangan dengan ajaran Islam. Disebabkan itu, menurut Mohd Tamyes, Fatwa Negeri Selangor ambil keputusan macam ni.

“Melihat kepada impak negatif gejala ini dalam masyarakat, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah mengambil inisiatif proaktif dengan memutuskan beberapa panduan hukum yang jelas bagi merungkai persoalan hukum berkaitan isu-isu LGBT.

“Antaranya hukum perkahwinan mak nyah dengan lelaki, hukum menukar jantina mak nyah dan hukum wanita menyerupai lelaki (pengkid).”

Mohd Tamyes juga berkata, mereka berharap agar masyarakat menjadi lebih peka serta lebih penuh keimanan dalam memahami dan melaksanakan hukum-hukum yang telah diputuskan oleh para ulama berautoriti di Malaysia ni.

Bagi korang yang tak faham atau tak tahu tentang pengagihan zakat, boleh rujuk website atau baca penjelasan lebih mendalam di sini.

Sumber : lobakmerah/facebook

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.