Header Ads

Gara-gara Iklan Kondom Ni, Netizen Bertelagah


Seorang lelaki yang dipanggil Ustaz Fauzi memuat naik posting di Twitter tentang iklan kondom daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar.

Menurut tweet Ustaz Fauzi, dia tak bersetuju dengan kempen dari pejabat kesihatan beri kondom dekat mana-mana pasangan sama ada dorang ni dah kahwin atau tidak. Ini sebab-sebabnya:



Walaupun posting ustaz ni ada betulnya tambahan pulak kalau beri kondom dekat pasangan belum kahwin maybe boleh galakkan zina, namun ada di kalangan netizen kritik tweet tu sebab kata dorang ustaz ni tak faham maksud banner tu sebenarnya.

Ustaz salah faham maksud banner

Kalau korang baca kat bahagian bawah banner tu, mesej pemakaian kondom ni adalah untuk elak penyebaran penyakit HIV atau AIDS. Ia memang langsung takde kena mengena dengan galakkan maksiat dan lain-lain. Emm…


“Kau ingat orang dah kahwin tak perlu pakai kondom?” 

Bila tweet ni dah viral, mulalah ada netizen lain yang triggered dan sentuh isu ‘golongan agama’ yang ada ramai anak sebab tak buat perancangan keluarga menggunakan kondom. Alamak makin panjanglah citernya…


Itu belum lagi menyindir cakap ustaz-ustaz pakai Toyota Unser sebab tak faham penggunaan kondom. Aduhai…


Jangan pandang kondom benda hina

Macam manapun, ramai di kalangan netizen yang minta para agamawan untuk jangan melihat kondom sebagai perkara yang membawa kepada maksiat. Malah perkara ni sebenarnya isu kecil je, tak perlu nak libatkan politik dan kalau fikir logik banner ni mungkin ditujukan kepada mereka yang bukan beragama Islam.


Apa-apapun, sebagai seorang yang dihormati ramai, elok kita jaga tutur kata sebelum keluarkan pendapat yang mungkin jadi pergaduhan ramai. Manakala netizen pulak, janganlah cepat mengecam sebab kita tak tahu apa niat ustaz tu yang sebenar. Mungkin ustaz tu risau je kondom ni disalahgunakan kepada perkara maksiat kan?

Haih isu kondom pun boleh bergaduh teruk di media sosial ye!

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.