Header Ads

Ervan Rizuan Dulu Suka Pakai Macam Perempuan, Kini Dah Berubah


Dalam waktu ramai yang bersuara menentang golongan LGBT dan pihak yang melindungi mereka di Malaysia, ada juga orang yang mengambil kesempatan dengan isu ni untuk membuat duit.

Tapi bagi personaliti Instafamous Ervan Rizuan, itu semua bukanlah jaminan untuk berjaya dalam bidang perniagaan.

Dia yang terkenal dengan tagline ‘sek mung’ selalu mempromosikan produk di laman Instagram dengan karakter feminin walaupun tak pernah mengakui bahawa dia seorang wanita.

“Nak berubah bukannya senang kan. Slow-slow, satu persatu aku cuba walaupun macam-macam orang dok kata”

Dalam postingnya di Facebook dan Instagram, Ervan memberitahu kepada lebih 342,000 follower yang dia dah bakar semua pakaian wanita dan rambut palsu kepunyaannya.


Dah tentulah ramai yang terkejut kan bila dia cakap macam tu!

Tapi dalam salah satu postingnya, Ervan pun dah terangkan kenapa dia rancang nak berubah dan tinggalkan imej wanita tu.

“Nak berubah bukannya senang kan. Slow-slow, satu persatu aku cuba walaupun macam-macam orang dok kata. 

“Bila tengok balik gambar-gambar, video-video dulu pakai (macam) perempuan, malunya ya Allah.”



“Biarlah manusia nak cakap apa pun. Hanya Allah SWT saja yang tahu segalanya. Saya cuma nak ucap ribuan terima kasih terutama ibu bapa, family dan orang-orang yang selalu positif tak henti-henti doakan saya untuk yang lebih baik. Alhamdulillah doa-doa korang sudah termakbul. Sujud syukur.” kata Ervan yang juga seorang pemilik butik.

“Saya tak kisah pun netizen nak cakap apa cuma saya nak bagi korang faham sendiri dari mulut saya”

Anak jati Terengganu berusia 23 tahun ini juga berkata, dia bukannya berubah untuk menjadi alim. Tapi nak jadi lebih baik!

“Niat saya nak berubah jadi lebih baik dari sebelum ni bukan terus berubah jadi orang alim ke apa tolong faham betul-betul.

“Saya tak kisah pun netizen nak cakap apa cuma saya nak bagi korang faham sendiri dari mulut saya.


“Sudah-sudah la tu buat andaian sendiri kata saya dari pondan nak berubah jadi lelaki sejati, alim ke apa semua, saya hanya dalam video dan promote sahaja sebelum ni pakai (seperti) perempuan semua tu, kat luar memang saya berpakaian lelaki dan memang saya lelaki berpakaian lelaki tak de nak pakai-pakai perempuan. Lembut sikit tu biasa la.”

So, harapnya dengan kenyataan Ervan ni takde lagilah mana-mana pihak yang berkata lelaki zaman sekarang semuanya nak jadi perempuan. Atau kata diorang ni tak ada rasa nak berubah. Dosa tau!

Jadi janganlah kita memandai-mandai nak judge orang daripada luaran sebab dalam hati diorang, kita pun tak tau. Doa yang baik-baik saja ya!

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.