Header Ads

Donat Percuma di Bukit Bintang Dikatakan Agenda Tersembunyi Kumpulan Syiah


Setiap orang ada cara bersedekah tersendiri. Ada yang masukkan duit ke bank account penerima, ada yang bagi je by hand atau kadang-kadang kita tengok ada yang bersedekah dengan beri makanan percuma di tempat awam kan?

Macam satu aktiviti daripada beberapa sukarelawan ni yang berikan donat percuma kepada orang awam pada hujung minggu dekat Bukit Bintang. Tapi, perkara tu dah cetus kontroversi sebab ada yang mendakwa ianya salah satu percubaan untuk sebar fahaman Syiah di Malaysia. Betul ke ni?


Menurut pendakwah Firdaus Wong Wai Hung di Facebook, kumpulan tu pernah contact dia untuk bekerjasama tapi ditolak olehnya. Bukan tu je, that time kumpulan tu nafikan yang mereka adalah kumpulan Syiah.  

Setelah kami melakukan siasatan, terbukti mereka ini Syiah!”


Kumpulan sukarelawan yang terdiri daripada orang Melayu, Arab dan Cina tu jugak dikatakan ambil tempat Firdaus dan rakan-rakan melakukan street dakwah sebelum ni.

Status Firdaus kemudian jadi viral dan dapat bermacam reaksi dalam kalangan netizen. Rata-rata akui risau jika dakwaan itu betul serta berharap yang pihak berkuasa dapat siasat dan ambil tindakan yang patut.


Menurut mStar, penganjur aktiviti yang dianjurkan oleh organisasi ‘Who is Hussain?’ tu menafikan yang mereka ada kaitan dengan Syiah. Bukan tu je, wanita bernama Natasha tu juga akui yang mereka aware that fahaman tu dianggap sesat di negara kita.

“Kami bukan Syiah dan saya sangat sedar Syiah ni ‘mazhab’ sesat… kami tidak gila untuk buat program (kebajikan) dan cari fasal.

“Semasa kami bagi 1,000 donat, tiada seorang pun individu yang marah atau tanya soalan kepada kami, tapi selepas F****** W*** (pendakwah) mengeluarkan kenyataan itu, terus bantai cakap kami ni Syiah.”


Difahamkan, ketua wakil organisasi tu terpaksa buat laporan polis sebab ada terima ugutan bunuh daripada pengguna media sosial. Uii sampai macam tu sekali?

“Kami dapat pelbagai ugutan seperti pukul, sepak dan bunuh daripada pengikut pendakwah berkenaan sehingga ada yang menuduh kami kafir.

“Kami tidak berdakwah atau kembangkan dakyah (Syiah), hanya nak bagi donat dan cerita tentang Hussain. Akidah kami jelas Sunni.”


Organisasi tu pilih ‘Hussain’ rupa-rupanya sebab ingin mengingati pengorbanan besar cucu Rasulullah SAW untuk agama Islam sehingga akhirnya terbunuh. Oh, macam tu….

Perkara ni dah pun berada dalam pemantauan dan siasatan pihak JAWI dan sebarang perkembangan terkini akan mereka maklumkan kepada pihak media.

Sama-sama kita tunggu lah siasatan selesai ye…

Sumber : Facebook / lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.