Header Ads

Doktor Berperang Dengan Netizen Hanya Kerana Laksa??


Korang pernah tak tengok orang bergaduh, semata-mata sebab laksa?

“Ramai netizen sentap betul bila I labelkan mereka bebalitis”

Semuanya bermula daripada perkongsian seorang doktor, Rusyainie Ramli yang mengatakan laksa tidak memberi kesan kepada ibu-ibu yang berpantang selepas bersalin dalam Facebook, Jun lalu.

Sebaliknya, dia berkata ia mungkin berpunca daripada sebab lain.


Macam biasa, tak semua orang sukakan kita atau apa saja yang kita nasihatkan. Lebih-lebih lagi apabila sesuatu nasihat itu adalah untuk kebaikan.

Perkongsian demi perkongsian daripada doktor ini bagaimanapun terus ditolak oleh netizen hingga menyebabkan doktor ini menggunakan istilah ‘bebalitis’.

“Ramai netizen sentap betul bila I labelkan mereka bebalitis. Saya takkan bagi gelaran tu ikut sedap jari saya ya.”


“Tingginya darjat bahasa ilmu perubatan sampai hilang adab kemanusiaan”

Penggunaan bahasa yang dianggap kurang sesuai oleh doktor tu bagaimanapun dikecam oleh netizen, termasuk wanita yang bergelar Hasliza Muda ni.

Yelah, sesuka hati menggelar orang bebal kan?



Mungkin isu ini boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik. Takkanlah hanya sebab isu berpantang makan laksa pun boleh jadi isu bergaduh di media sosial?

Tak salah untuk kita menegur sesama sendiri kalau ada tersilap kata atau salah faham. Tapi kan lebih baik kalau kita menegur dalam bahasa yang lebih enak didengar?

Tak kisah la apa latar belakang atau tahap pengajian kita pun, kalau masing-masing tetap berdegil dan tak mahu beralah pun susah juga.

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.