Header Ads

"Dia buat apa dengan budak 10 tahun ni, bukak pintu dah pakai tuala je"


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun berjaya diselamatkan oleh pasukan polis selepas terima maklumat daripada pekerja sebuah hotel di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru.

Menurut laporan Harian Metro, perbuatan mencurigakan seorang lelaki yang tiba berdua sahaja bersama kanak-kanak itu menimbulkan syak pekerja berkenaan.


5 minit baru buka pintu bilik, kanak-kanak hanya bertuala

Polis mengambil masa 5 minit untuk mengetuk pintu bilik sebelum ia dibuka dan menemui seorang lelaki dan kanak-kanak perempuan yang hanya bertuala, kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad.



“Mangsa memberitahu bahawa suspek kerap membawanya keluar dan pada hari kejadian, mangsa mendapat kebenaran ibu bapanya untuk mengikut lelaki terbabit yang dikatakan bapa saudaranya.”

Suspek dapat kebenaran daripada ibu bapa untuk bawa mangsa keluar

Mohd Taib turut berkata, daripada keadaan ketika tangkapan dilakukan, polis akan menjalankan siasatan terperinci untuk memastikan mangsa tidak dianiaya dan terlibat dengan gejala tidak bermoral.

“Suspek juga memberitahu bahawa dia adalah bapa saudara kepada kanak-kanak berkenaan dan katanya, dia mendapat kebenaran daripada ibu bapa kanak-kanak itu untuk membawanya keluar,” jelasnya.


Dikatakan, ini adalah kali kedua kejadian seperti ini berlaku kepada kanak-kanak berkenaan.

Suspek dipercayai sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak berusia antara 25 hingga 28 tahun.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

Sumber : LOBAKMERAH

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.