Header Ads

Dah Kenapa Ni? Budak Tadika Disambut Dengan Tarian Tiang!


Selalu kalau hari pertama persekolahan, time perhimpunan tu pelajar kena dengar ucapan pengetua atau mungkin ice breaking kenalkan cikgu baru ke kan? Tapi pelajar kecil di sebuah tadika dekat China ni bukan kena dengar but terpaksa tonton sesuatu yang tak disangka-sangka!

Satu video viral di internet menunjukkan kanak-kanak sekolah tadika tu yang berusia 3 hingga 6 tahun dipersembahkan dengan tarian tiang! Kalau dah menari tiang tu, of course la pakaian pun seksi kan! Tak sesuai untuk tontonan bebudak lah!

Menurut SCMP, persembahan tarian tiang tu diatur oleh pengetua tadika berkenaan, Lai Rong. Bila ditanya kenapa dia buat keputusan untuk bagi pelajar dan ibu bapa tonton tarian tak senonoh tu, Lai Rong jawab,

Saya sangka dengan menjemput penari profesional buat persembahan untuk ibu bapa pelajar akan memeriahkan suasana.”

Meriah apanya, memang ternganga lah bebudak dengan mak pak dorang kannn!


Persembahan tak senonoh tu kemudian diberhentikan oleh biro pendidikan tempatan dan Reuters melaporkan, pengetua tu telah diarahkan untuk dipecat secepat mungkin. Mereka juga turut beri amaran kepada tadika lain di daerah tu untuk tidak melakukan tingkah laku tak senonoh sebegitu.

Lai Rong dikatakan telah pun memohon maaf kepada semua ibu bapa kanak-kanak di tadika tu. Katanya,

“Saya tidak fikir sepenuhnya tentang kandungan persembahan. Ianya satu pengalaman tontonan yang teruk untuk kanak-kanak dan ibu bapa mereka. Oleh itu, saya dengan ikhlas mohon maaf…”

Adoyai, macam manalah dia boleh terfikir nak tontonkan tarian tiang dekat budak-budak umur 3-6 tahun?

Sumber : SCMP / lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.