Header Ads

Cabaran Paling Bodoh Pernah Disertai Netizen Yang Tular Seluruh Dunia


Trend 'challenge' yang kerap kali berlaku di kalangan netizen entah kenapa tetap mendapat sambutan menggalakkan daripada seluruh dunia, walaupun amat jelas perbuatan yang dilakukan itu adalah perkara bodoh.

Ini adalah 10 cabaran paling bodoh dan yang menyedihkan, paling popular pernah dilakukan segelintir netizen dalam mengejar populariti serta like daripada orang ramai - membuktikan walaupun teknologi memudahkan sampainya informasi, masih banyak pihak yang lebih gemar melakukan perkara bodoh untuk menjadi 'selebriti.'

1. #snortcondomchallenge


Cabaran ini memerlukan seseorang menyedut kondom getah ke dalam lubang hidungnya dengan kuat, supaya kondom tersebut masuk ke dalam rongga tekak agar boleh dikeluarkan mengikut mulut. Berlaku pada tahun 2013, cabaran ini tidaklah tular namun tetap mendapat sambutan beberapa individu di seluruh dunia.

2. #condom-challenge


Kita semua tahu sehelai kondom getah mempunyai daya elastik yang sangat tinggi serta tidak mudah pecah. Mengambil kesempatan ke atas itu, netizen mewujudkan cabaran mengisi kondom dengan air lalu melepaskannya di atas kepala rakan-rakan dan cabaran ini menjadi tular, sehingga Youtube dipenuhi individu kurang akal yang mahu mencubanya. Walaupun tidak ada laporan individu yang mati disebabkan cabaran ini, risiko untuk seseorang lemas adalah sangat tinggi.

3. #passoutchallenge


Kami tidak tahu adakah masih ada yang memainkan permainan berbahaya ini sekarang tetapi permainan netizen yang dinamakan #passoutchallenge ini mampu menyebabkan kematian dengan beberapa kematian dilaporkan berlaku, di seluruh dunia. Wujud beberapa cara dilakukan dalam menyertai cabaran bodoh ini, antaranya sengaja mengikat tali dengan leher ataupun meminta rakan menekan dada sambil badan disandarkan ke dinding.

4. #duct-tape-challenge


Dengan menggunakan pita pelekat jenis duct tape yang terkenal dengan kekukuhannya serta tidak mudah dikoyakkan,'peserta' akan membiarkan dirinya diikat oleh rakan berkali-kali dan kemudiannya berusaha melepaskan diri. Seorang remaja berumur 14 tahun yang diikat gagal melepaskan diri, tersembam ke depan lalu kepalanya terhentak pada lantai menyebabkan dia mengalami sawan akibat pendarahan dalam otak. Rongga matanya pecah dengan tulang pipinya mengalami keretakan. 

5. #salt-and-ice-challenge


Dalam salah satu cabaran paling singkat akal, peserta cabaran ini dikehendaki menaburkan garam ke atas bahagian kulit dan kemudiannya mengenakan ais pada bahagian tersebut. Garam akan menyebabkan ais bertindak dengan lebih cepat sehingga mengakibatkan kesan seperti rasa terbakar pada bahagian tersebut, dengan peserta yang paling lama bertahan diangkat sebagai pemenang. Realitinya, tidak ada sesiapa pun menang dalam cabaran ini.

6. #ghost-pepper-challenge


Salah satu cabaran melibatkan makanan pedas adalah apabila netizen dicabar untuk memakan sejenis cili yang dinamakan 'bhut jolokia' atau 'ghost pepper' yang disahkan antara cili paling pedas di dunia. Hanya dengan menyentuhnya dikatakan mampu melecetkan kulit anda. Seorang lelaki mengalami kerosakan pada esofagus beliau setelah menyertai cabaran ini.

7. #cinnamon-challenge


Ada orang menggemari rasa yang datang daripada kulit kayu manis. Namun beberapa orang yang terlebih kreatif memulakan cabaran di internet, meminta peserta memakan satu sudu serbuk kulit kayu manis dan merakamnya. Cabaran ini menjadi sangat popular di kalangan anak muda yang tidak menyedari risiko yang mereka tanggung. Serbuk tersebut akan menyebabkan rasa terbakar pada tekak dan paru-paru, pendarahan pada hidung, muntah dan juga kesukaran untuk bernafas. Semuanya berpunca daripada sifat serbuk tersebut yang dengan mudah boleh tersekat pada paru-paru menyebabkan paru-paru kita gagal berfungsi.

8. #tide-pod-challenge


Dicipta untuk memudahkan basuhan kain, kapsul detergen berjenama Tide ini mungkin tidak popular di negara kita tetapi di negara luar, penggunaannya adalah perkara biasa. Tidak dapat dijelaskan bagaimana cabaran ini dimulakan tetapi yang pasti terlalu ramai netizen menyertainya setelah tular di Twitter. Cabarannya mudah, makan kapsul detergen itu mentah-mentah atau panaskannya terlebih dahulu sebelum memakannya.

9. #corn-on-a-drill-challenge


Kami tak mahu menulis panjang-panjang tentang cabaran ini. Sebatang jagung dicucuk pada gerudi dan peserta dicabar untuk cuba memakannya. Banyak gigi telah tercabut. Ada juga kepala yang cedera atau rambut yang tersekat pada mata gerudi. Jika anda nak tengok contoh manusia yang sanggup melakukan cabaran ini, klik pautan Youtube ini.

10. #hot-water-challenge


Cabaran-cabaran yang disenaraikan di atas kebanyakannya dilakukan atas kemahuan sendiri dengan kebenaran. Bagaimanapun, cabaran hot water merupakan cabaran paling zalim antara semua.

Ini kerana cabaran ini memerlukan peserta mencampakkan air panas menggelegak kepada orang lain sebagai hiburan. Memperbodohkan diri sendiri terletak dalam satu kategori khas, memperbodohkan diri sendiri sambil mencederakan orang lain hanya untuk mendapat 'like' dan komen di media sosial adalah satu jenayah.

Apa yang lebih memilukan, hot water challenge ini juga boleh dilakukan dengan mencabar peserta minum air panas menggelegak. Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun meninggal dunia selepas dicabar untuk melakukan aksi berani ini.

Sumber : Iluminasi.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.