Header Ads

“Bukan semua perempuan Malaysia materialistik!”


Baru je admin share pasal seorang lelaki yang nak tumpangkan kawan perempuannya tapi perempuan tu tak nak naik sebab dia cuma pakai kereta Proton Wira. Ingat lagi tak?


So, rupanya ramai jugak antara korang yang pernah hadapi situasi yang sama. Alahai… Sebenarnya bukan semua wanita dekat Malaysia ni materialistik. Baru-baru ni, menurut Mothership, seorang lelaki, Edwin Kong, kongsikan cerita lepas baca pasal lelaki tadi kena reject.

Menurut perkongsian Edwin di Facebook, dia mempelawa untuk menjemput girlfriendnya dari tempat kerja dengan hanya menaiki motor je dan kekasihnya tu tak kisah pun walaupun perjalanan nak ke office girlfriend tu jauh iaitu 43km.


Edwin jugak turut kongsikan perbualan antara mereka berdua di mana kekasihnya itu mengingatkannya untuk bawa sekali seluar pendek untuk dipakai masa naik motor nanti. Ni conversation dorang:

Edwin: “Saya nak gerak dah naik motor.”

Girlfriend: “Jangan lupa seluar pendek saya, kalau tak nanti terdedah masa dalam perjalanan.”

Edwin: “Saya bawak tiga sekali untuk awak pilih.”

Girlfriend: “Bawak mana-mana je sebab kita nak balik terus kan.”


Siapa tak happy dapat girlfriend yang tak materialistik kan? Edwin turut nyatakan rasa syukur sebab dapat jumpa wanita yang tak kisah pun naik motor.

“Dapat girlfriend yang tak kisah naik motor… Saya sangat bertuah! Saya berharap supaya relationship ni akan kekal sampai bila-bila.”


See, bukan semua perempuan dekat Malaysia ni materialistik dan nak naik kereta berjenama. Ada je yang tak kisah walaupun naik motor. Gegadis sekalian, janganlah terlalu materialistik ye. Sama-sama usaha nak naik dan maju together. Gituuuuu!

Biasalah tu, bersusah-susah dulu dan bersenang-senang kemudian. Yang penting ada usaha.

Sumber : Fb / lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.