Header Ads

"Bukan Nak Jatuhkan TM Tapi Kesian Pelangan Asyik Dapat Jawapan Yang Sama Je"


Viral di Twitter bila seorang bekas pekerja Telekom Malaysia (TM), yang mula membalas tweet dari netizen yang ingin melancarkan kempen nak boikot TM. Sebab apa yang sampai nak berkempen ni?

Tak puas hati perkhidmatan Streamyx dan Unifi

Netizen mula tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Streamyx dan Unifi. Menerut tweet dia kecewa kerana bertahun-tahun kelajuan internet yang lembab dan tak stabil. Ada seorang bekas pekerja TM ni mula meluahkan sebab-sebab dia berhenti bekerja di TM.


Netizen turut meluahkan masalah yang sama dialami mereka.

Menurutnya dia dah berbuih mulut nak ulang ayat sama dekat pelanggan kena “restart modem”, “configuration” dan dia rasa macam dia tengah menipu pelanggan dengan bagi harapan palsu yang akan ada technician datang rumah mereka untuk fix masalah tu.

Katanya lagi, kalau orang berpangkat Dato’ laju je pihak TM ambil tindakan dan automatik la report tu sampai dekat pihak atasan. Siap bagi tips cara nak minta TM settlekan cepat dengan cara “rumah ni Dato’ bla bla bla”. Amboi siap ada tips ye! 


Bukan niat nak jatuhkan TM

Tapi apa-apa pun dalam masalah ni, niat dia bukan untuk menjatuhkan TM cuma hanya ingin meluahkan rasa ketidak adilan terhadap pelanggan je.

Admin yakin pihak TM sentiasa mengambil berat dan setiap laporan dari pelanggan akan diteliti dengan baik sebab kalau tanpa rakaian telefon mungkin kita semua pun susah nak berhubung dan menggunakan internet .

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian!

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.