Header Ads

Bekas Pelajar Dedah Rahsia Hitam Ketika Belajar Di Sekolah Tahfiz


Rakyat negara kini masih terkejut dan tidak dapat menerima kenyataan dengan kes seorang pengetua pusat tahfiz meliwat 9 orang pelajar yang kini dalam tahanan polis. Namun, satu perkongsian di Twitter yang admin jumpa ni akan buat korang semua lagi terkejut dan berasa jijik!

Tweet itu dikongsikan bersama screenshot komen dari seorang lelaki yang juga bekas pelajar tahfiz. Menurut lelaki tu, dia mula menghafaz sejak usia 5 tahun dan bertukar sekolah tahfiz sebanyak 5 kali sehinggalah tamat 30 juz.


Tapi, sebenarnya realiti kehidupan di institusi tahfiz yang dikongsikannya lebih mengejutkan dan membuatkan orang ramai termasuklah admin, seperti tidak percaya dan meragui institusi tahfiz. Jijik weh baca!

Sepanjang pengajian saya, beberapa kes liwat dan cabul kerap terjadi pada pelajar-pelajar yang dipilih sebagai Khidmat Ustaz.”

“Mereka disuruh memasak, membasuh, mengurut dan macam-macam lagi ibarat kuli. Diberi layanan khas sewaktu di dalam kelas dan kemudahan keluar ke kedai.”


Sehinggalah pada satu hari tu, dia terdengar suara seorang pengajar di tandas memarahi dan memaksa seorang pelajar tahfiz untuk membasuh duburnya.

Namun, apa yang bekas pelajar ni buat akhirnya membongkarkan perbuatan jijik dan keji pengajar tersebut yang sangat disanjung oleh pelajar-pelajar di situ.

“Saya mengajak beberapa rakan memberanikan diri menendang pintu tandas…”

Kami semua terpinga dek seorang ustaz yang amat kami muliakan kealimannya sedang mengikat murid junior dengan paip getah dan meliwatnya dengan rakus.”

Weh jijiknyaaaaa, biar betul seorang yang bergelar ustaz berkelakuan macam ni?


Terkejut dengan apa yang dilihat, dia terus tarik murid junior tersebut keluar dari tandas dan selamatkannya daripada ustaz bernafsu songsang tu. Mereka kemudian mengajak semua pelajar untuk berkumpul di surau dan ketika itu jugalah, satu lagi rahsia hitam terbongkar!

Sebanyak 10 orang secara terang mengaku diliwat setiap malam oleh ustaz tersebut.”

Panik, mereka hubungi ibu bapa dan dijemput pulang. Bagaimanapun, menurutnya, meskipun dah kantoi macam tu, kelibat ustaz yang berasal dari Pakistan tu masih berada di madrasah macam tak ada apa yang berlaku.

“Secara konklusinya, kes liwat memang terjadi di setiap madrasah yang saya pernah belajar. Baik hubungan bersama ustaz atau junior senior, tetap berlaku.

“Malangnya tiada apa yang berubah sejak dari awal tahun pengajian hingga kini.”

Ya Allah meremang admin baca pengakuan bekas pelajar tahfiz ni. Kalau betul terjadi, (tapi kenapa pulak dia nak tipu atau reka cerita kan?), memang jijiklah mereka yang bernafsu songsang menyorok di sebalik title ‘ustaz’ dan serban serta jubah yang disarung.

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.