Header Ads

"Adik saya bukan orang gila" - Luahan Seorang Kakak Budak Autistik


Malaysia kini gempar dengan kes budak autistik yang digari dan diheret ke mahkamah akibat tersentuh payudara seorang wanita.

Disebabkan rasa simpati dan mempunyai adik seorang yang autistik, seorang netizen di Twitter berkongsi rasa sedih dan kecewa terhadap pandagan orang ramai dengan orang autistik ni.

Tak semua orang boleh faham dan terima

Dia juga mengambil kesempatan untuk berkongsi tentang kisah adiknya yang juga seorang autisme bernama Mukhreez dan merasakan bukan semua orang boleh terima dan faham jika mereka mempunyai adik beradik atau anak autistik.

Bagi Puteri Farhana dalam akaun Twitternya, kesedaran terhadap OKU dan especially autism, dekat Malaysia sendiri sangat kurang. Dia tak boleh tengok muka orang yang kurang senang bila membawa adiknya keluar ke tempat public.

Orang berikan pandangan yang kurang senang terhadap budak Autistik 

“You think my brother is crazy?” Itu luahan yang dia rasa bila ada je orang di luar sana memandang adik autistiknya dengan pandangan yang agak tidak menyenangkan.

Menurutnya lagi, bukan senang nak explain bila adiknya tiba-tiba menjerit di public. Baginya mungkin orang pernah tengok perkara macam ni kat tv tapi mereka takkan faham autisme tu apa. Betul tu, kita takkan faham selagi kita tak ada kat tempat orang tu.. 

Dia turut berkongsi video adiknya Mukhreez pergi ke depan stage dan menjerit.

Kanak-kanak autistik ni rupanya amat sensitif dengan bunyi bising dan boleh bertindak luar kawalan.

Kalau nak tahu, anak autistik tak bahaya pun cuma sifatnya berbeza dari orang yang normal dan sebab tu lah dia dipanggil ‘Istimewa’.

Dia juga turut berkongsi video adiknya yang kadang-kadang ingin meminta atau memberi tahu apa yang dia nak tapi sukar untuk Puteri Farhanah dan family faham.



Kita sebagai seorang manusia yang sempurna ni la yang perlu menyayangi anak syurga ni, besar pahalanya dan paling penting jangan pernah menghina ciptaan tuhan.

Sumber : Twitter / LOBAKMERAH

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.