Header Ads

Adegan Panas Agnes Monica Dikecam Murahan Dan Memalukan!


Rasanya budak-budak 90s mesti kenal dengan Agnes Monica atau sekarang dikenali sebagi Agnez Mo melalui sinetron Ku T’lah Jatuh Cinta, Jelita dan lagu-lagu macam Tak Ada Logika dan Matahariku.

Agnes dulu tak sama macam Agnes sekarang. Penyanyi ni dah go international dan dah keluar pun lagu duet dengan Chris Brown bertajuk Overdose. Tapi baru-baru ni nama Agnes jadi sebutan semula lepas dia share klip ‘panas’ kat Instagram menunjukkan dia dan Chris Brown sedang hangat bercium.

Tak caye? Haa tengok video kat bawah. 


Video ni kalau omputih tengok macam normal je la kan sebab banyak lagi adegan panas yang orang sana dah buat. Tapi bagi orang Asia terutamanya di Indonesia, fans Agnes di sana dah anggap penyanyi ni sanggup jadi murahan demi menaikkan nama di peringkat international. Opss! 


Malah ada jugak fans yang rindu tengok Agnes masa zaman-zaman dia di sinetron dulu. Tak seksi-seksi sampai tayang badan macam tu sekali.


Macam mana pun tak semua fans Agnes yang mengeji. Ada jugak yang supportive dengan perjalanan karier Agnes dan menganggap penyanyi ni dah mengharumkan nama Indonesia.


Agnes yang juga digosipkan bercinta dengan Chris Brown kini memang aktif menyanyi dan berkarier di Hollywood.



Semoga terus sukses Agnes! Tapi jangan lupa jugak dengan adat dan budaya kita orang Asia.

Sumber : lobakmerah

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.